Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh

July 3, 2022 · Isu semasa

Sebuah kompleks pelbagai guna berkonsepkan hiburan sukan menggunakan elemen digital bernilai RM6 juta akan dibina di Ketereh.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata kompleks seluas 23 hektar itu dijangka dibangunkan setelah rundingan selesai tahun ini, lapor Bernama.

“Pada masa ini, proses perundingan untuk pembelian tapak yang bernilai lebih kurang RM10 juta sudah berada pada peringkat akhir Julai ini.

“Setiap permainan dan persembahan kesenian akan ditambah baik serta dipersembahkan dalam elemen digital berkonsepkan pencahayaan serta sistem bunyi yang berteknologi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Akhir Seni Silat Jatuh RTM 2022 di RTM Kelantan, di sini malam tadi.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata setakat ini, kompleks dengan konsep tersebut belum ada di negara ini.

“Setelah siap reka bentuk saya mahu duduk bersama Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri Kelantan Datuk Md Anizam Ab Rahman untuk mendapatkan input persatuan berkaitan silat kerana mereka lebih pakar dan kita akan buat rundingan.

“Usaha ini adalah sebagai sumbangan kita untuk memelihara warisan Kelantan. Sebenarnya ia mengambil sedikit masa kerana saya mempunyai dua pilihan tempat bukan sahaja untuk pembinaan gelanggang silat, saya juga berhasrat mewujudkan perusahaan batik, kraf dan sebagainya untuk dijadikan tempat tarikan,” katanya.

Annuar berkata kompleks yang akan dimajukan itu mempunyai beberapa kumpulan dan akan dijalankan secara berperingkat.

“Insya-Allah ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh Kelantan sebab saya pergi ke Sarawak saya lihat ada Sarawak Cultural Village dan saya pergi ke banyak tempat mereka ada pusat mereka dan sebagainya.

“Saya fikir Kelantan ada uniknya tetapi sebahagian kita perlu mengambil inisiatif sendiri melalui konsep-konsep penajaan dan konsep daripada penglibatan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Zahid patut malu duduk di UMNO, hati di PKR-DAP : Annuar
August 7, 2023· Politik
Takut hilang sokongan, Asyraf kata UMNO tak pecat ahli sertai MN, PAS
August 5, 2023· Politik
UMNO Ketereh lumpuh selepas ahli umum keluar parti, termasuk anak Annuar
August 4, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok