Kompaun RM20,000 dikenakan kepada penganjur lawatan PM di Melaka

November 14, 2021 · Isu semasa

Sebanyak RM20,000 kompaun dikenakan kepada penganjur lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Melaka hari ini.

Ismail Sabri mengadakan lawatan di sebuah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Selandar, Alor Gajah dan kompaun tersebut dikeluarkan atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pegawai kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Jasin mengesahkan kompaun tersebut dikeluarkan kepada penganjur Barisan Nasional (BN) di Medan Selera Selandar.

“Kompaun berjumlah RM20,000 dikeluarkan kepada penganjur. Kompaun diberikan kepada Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

“Ia (kompaun) dikeluarkan atas kesalahan melanggar SOP, iaitu tiada penjarakan fizikal,” kata pegawai kesihatan itu yang enggan namanya disiarkan lapor portal BH.

Bagaimanapun, Ketua PDM berkenaan enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung kompaun tersebut kerana takut akan dikenakan kompaun lagi sekali.

“Tak apalah, nanti saya kena lagi,” katanya.

Isu SOP yang terlalu ketat dibangkitkan hampir semua parti yang bertanding dalam PRN Melaka, termasuk BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sejak tempoh kempen bermula Isnin lalu.

Terdahulu, Datuk Seri Najib Razak tiba di medan selera itu sekitar jam 11.20 pagi untuk menjamu selera, disusuli ketibaan Ismail yang juga Naib Presiden UMNO, kira-kira jam 12 tengah hari.

Turut hadir, calon BN di DUN Asahan, Fairul Nizam Roslan dan calon BN di DUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem.

Ismail hari ini mengadakan lawatan di beberapa lokasi sekitar Melaka, bermula dengan sarapan di Kota Melaka, sebelum bergerak ke Sungai Udang, Masjid Tanah, Selandar dan Rim di Jasin, sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 8 Nov lepas melarang penganjuran ceramah, syarahan, kempen secara fizikal, kempen ziarah rumah ke rumah, aktiviti tinjauan mesra dan pengedaran risalah kepada orang awam secara bersemuka diadakan sepanjang tempoh PRN Melaka.

SPR menetapkan hari mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Popular
Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang bernilai RM1.27 bilion
July 4, 2022
Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA
March 23, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok