Komen jelik terhadap Agong, penulis blog didenda RM4,500

July 22, 2022 · Isu semasa

Seorang penulis blog Aspan Alias didenda RM4,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat dan memulakan penghantaran komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook miliknya, Mei tahun lepas.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas Aspan, 70, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan semula kes itu hari ini, menurut laporan Bernama.

Mahkamah turut memerintahkan warga emas itu menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Aspan didakwa memulakan komen jelik melalui Facebook “Aspan Alias” dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 2.47 petang, 16 Mei 2021.

Hantaran itu kemudian dibaca di Jabatan Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Wangsa Maju, di sini pada 9 pagi, 18 Mei 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana tindakannya tidak mencerminkan kesopanan dan kesusilaan sebagai seorang rakyat Malaysia yang menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara selain melampaui hak kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Nurul Huda Razali merayu hukuman berbentuk denda rendah dengan mengambil kira anak guamnya menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi serta tidak bekerja.

“Anak guam saya tidak mempunyai niat jahat untuk membuat hantaran yang jelik dan menyakitkan hati orang lain. Dia juga telah menyesal dengan kekhilafan tersebut,” katanya.

Berita berkaitan
Bekas penyelia Felda dipenjara 6 bulan dalam kes palsukan bayaran gaji
February 3, 2023· Isu semasa
Kes 1MDB Najib: Saksi bekas pengurus Ambank nafi bersuhabat dengan Jho Low
February 3, 2023· Isu semasa
Saksi bank kes 1MDB terkejut Jho Low nafi pernah berhubung dan berurusan
February 2, 2023· Isu semasa
Bekas isteri ahli perniagaan jual makanan tanggung tiga anak
February 2, 2023· Isu semasa
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
8 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
9 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
10 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
18 jam lalu · Isu semasa
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok