Kolaborasi PTPTN, YPM perkasa pendidikan pelajar golongan asnaf

June 9, 2022 · Isu semasa

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Semalam menyerahkan sumbangan zakat berjumlah RM150,000 kepada Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

Sumbangan itu merangkumi Program [email protected] sebanyak RM74,000, Skim Anak Angkat PTPTN (RM72,000) dan sumbangan untuk Akaun Simpan SSPN Prime (RM4,000).

Penyerahan sumbangan dilaksanakan dalam Majlis Pengumuman Program Kerjasama PTPTN dan YPM di Menara PTPTN di Kuala Lumpur yang merupakan simbolik kerjasama perbadanan itu sebagai Rakan Penyumbang Pendidikan YPM 2021-2026.

Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata perbadanan itu sentiasa proaktif dan mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengadakan program tanggungjawab sosial korporat serta memastikan sumbangan yang diberikan merangkumi pelbagai golongan sasar.

“Menerusi sumbangan ini, saya optimis pelbagai program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar serta mencapai matlamat yang dihasratkan iaitu mengurangkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.

“Ini sekali gus memastikan akses pendidikan yang sama rata untuk meningkatkan taraf hidup dan menjana kecemerlangan negara,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Pengerusi YPM Datuk Mohd Razman Yaacob berkata kolaborasi yayasan itu bersama PTPTN mampu melahirkan pelajar berjaya dan berkebolehan dalam pelbagai bidang selain bekerjaya hebat serta memiliki skil tinggi untuk masa depan sesuai dengan kemajuan serta pembangunan negara.

PTPTN pula memaklumkan Program [email protected] akan dilaksana di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi, Kedah dan MRSM Kuala Krai, Kelantan melibatkan kelas bimbingan yang akan memberi manfaat kepada 200 pelajar pada tahun ini.

Menurut PTPTN, program itu memberi ruang dan peluang kepada pelajar daripada keluarga B40 memperoleh akses bimbingan secara percuma serta pendedahan akademik.

“Bagi Program Skim Anak Angkat, PTPTN memberi sumbangan elaun persekolahan kepada 20 anak angkat terpilih berumur 13 tahun selama tiga tahun dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga.

“Setiap anak angkat akan menerima elaun persekolahan sebanyak RM1,200 setiap tahun selain sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime secara sekali beri sebanyak RM200,” menurut kenyataan itu.

PTPTN memaklumkan jalinan kerjasama PTPTN dan YPM diharap dapat memberi manfaat kepada pelajar daripada golongan B40 manakala pemberian sumbangan mampu mengurangkan beban kewangan mereka yang memerlukan. – Bernama

Berita berkaitan
Peminjam PTPTN terjejas banjir boleh mohon penangguhan esok
December 27, 2021· Isu semasa
Mangsa banjir dapat penangguhan bayaran PTPTN selama 3 bulan
December 25, 2021· Isu semasa
Masih ramai peminjam PTPTN liat bayar hutang, 500,000 tak pernah bayar
November 24, 2021· Isu semasa
Hutang PTPTN dihalang ke luar negara, berhutang LHDN boleh ke Jepun?
July 25, 2021· Politik
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
5 minit lalu · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
41 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
1 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
1 jam lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok