KM Pulau Pinang gembira lawatan KJ, minta maaf atas tuduhan isu vaksin

June 3, 2021 · Isu semasa

Selepas terpalit dengan kontroversi sumbangan dua juta dos vaksin yang kononya dari sebuah syarikat swasta Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini ‘bertentang mata’ dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar di negeri Pulau Mutiara itu.

Kunjungan Khairy Jamaluddin ke Pulau Pinang itu bagi meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PVV), vaksin AstraZeneca untuk diberikan kepada rakyat negeri itu, di Setia SPICE Arena (PISA) Bayan Lepas.

Lawatan itu sekaligus mencatat memori manis apabila sebelum ini mereka berdua saling ‘berbalah’ dalam isu kontroversi berkenaan.

Tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja dan gembiranya, Kon Yeow dalam ucapannya menghargai kunjungan amat bermakna daripada Ahli Parlimen Rembau itu.

“Saya mengalu-alukan lawatan kerja oleh YB Menteri ke Pulau Pinang, bagi meninjau persiapan untuk pengoperasian vaksinisasi mulai bulan ini (Jun), dan seterusnya.

“Saya juga mengalu-alukan pengumuman bahawa negeri Pulau Pinang adalah yang dikenal pasti untuk menyempurnakan program vaksinasi ini pada bulan Oktober nanti, ini bermakna untuk sampai kepada sasaran kita anggarkan iaitu matlamat harian sembilan hingga 10 ribu penduduk Pulau Pinang akan divaksin,” katanya.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin sebelum ini menjelaskan Pulau Pinang antara negeri yang dikenal pasti untuk dijadikan PVV mega bagi meningkatkan lagi keupayaan pemberian vaksin yang lebih menyeluruh.

Sementara itu Khairy dalam sidang medianya berkata,setakat hari ini seramai 3,212,873 rakyat Malaysia telah divaksin.

Katanya, ia termasuk dos pertama dan kedua.

“Daripada segi populasi mereka yang menerima vaksin, Malaysia adalah melepasi Indonesia, Thailand, Filipina dan lain-lain,” katanya.

Terdahulu dalam isu pemberian vaksin, Kon Yeow tampil memohon maaf.

Kon Yeow berkata, perkara itu dilihat sebagai suatu perkembangan yang amat malang kerana bukan menjadi hasrat kerajaan negeri untuk berperang mulut dengan mana-mana pihak termasuk Kerajaan Persekutuan.

“Matlamat utama ketika ini adalah mendapatkan bekalan vaksin tambahan pada kadar segera berikutan peningkatan mendadak kes bagi memastikan kadar vaksinasi boleh dipercepatkan demi melindungi nyawa serta menyelamatkan ekonomi rakyat negeri ini secara keseluruhan.

“Oleh itu, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf kerana tercetusnya kontroversi ini dan berharap kita akan meneruskan segala usaha dalam menghadapi cabaran pandemik Covid-19 seterusnya demi kebaikan seluruh rakyat di negara ini,” katanya.

Berita berkaitan
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
24 jam lalu· Politik
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
September 26, 2022· Politik
UMNO Alor Setar tawar kerusi kepada Khairy bertanding PRU-15
September 24, 2022· Politik
Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat
September 24, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
3 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
3 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
4 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
4 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok