Kluster tempat kerja masih penyumbang penularan Covid-19

September 15, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 25 kluster baharu dikesan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan kluster meningkat kepada 5,207 di mana 3,783 kluster telah ditamatkan dan 1,424 lagi masih aktif.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, 14 daripada jumlah kluster baharu itu membabitkan jangkitan di tempat kerja, kluster komoniti (tujuh); dua kluster kumpulan berisiko tinggi masing-masing di Selangor dan Johor, satu kluster pendidikan di Kedah, dan satu kluster keagamaan di Kelantan.

Daripada jumlah kluster tempat kerja itu Selangor dan Johor masing-masing merekodkan empat kluster; masing-masing dua di Pulau Pinang dan Perak; dan masing-masing satu di Melaka dan Sabah.

Bagi kluster komuniti pula, Sarawak dan Kelantan masing-masing merekodkan empat kluster, dan satu di Pahang.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh 24 jam itu, 18,760 pesakit disahkan sembuh, meningkat berbanding 18,053 kes semalam, menjadikan kumulatif 1,783,339 kes sembuh, berbanding 2,030,935 kes positif.

Menurutnya seramai 1,630 warganegara asing turut menjadi penyumbang kepada 19,495 jangkitan baharu yang dilaporkan hari ini.

Katanya sehingga kini 1,272 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 911 kes yang disahkan Covid-19, manakala 361 pesakit lagi masih dalam siasatan.

Seramai 641 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan dengan 414 pesakit adalah kes positif Covid-19, manakala 227 lagi masih dalam siasatan.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
46 minit lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
17 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
17 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok