Kluster tempat kerja kekal tinggi tapi 198 positif di pusat tahanan

June 19, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 72 kes membabitkan 64 warganegara dan lapan bukan warganegara, sekali gus menjadikan kumulatif kematian kepada 4,348 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 6,918 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan kumulatif 622,244 kes, manakala 886 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 441 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Sebanyak 24 kluster baharu dikesan dengan kebanyakannya membabitkan tempat kerja dan komuniti, menjadikan jumlah kluster aktif adalah 824, manakala 1,780 kluster ditamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Daripada jumlah kluster yang dikesan itu empat membabitkan pusat tahanan di Mantin, Negeri Sembilan; Labuan; Kluang, Johor; dan Machang, Kelantan. Jumlah mereka yang dijangkiti di pusat tahanan berkenaan mencecah 198 individu.

Selangor merekodkan lima kluster tempat kerja, diikuti Johor (lima – tempat kerja, komuniti dan pusat tahanan); Kelantan (empat – komuniti dan pusat tahanan); Sarawak (tiga – komuniti); Kedah (dua – tempat kerja dan kumpulan berisiko); dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Labuan, Melaka, Kuala Lumpur dan Pahang membabitkan kluster tempat kerja dan pusat tahanan.

Jumlah keseluruhan mereka yang positif daripada 24 kluster baharu itu adalah seramai 984 individu.

Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok