Kluster PRN Melaka babitkan 41 pelajar dan guru di dua madrasah

December 6, 2021 · Isu semasa

Kluster Pulau Gadong yang tercetus akibat pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu setakat ini sudah mengakibatkan seramai 41 pelajar dan guru positif Covid-19 di dua madrasah.

Jumlah tersebut dikesan melalui hasil saringan menyeluruh yang dilakukan ke atas 185 pelajar dan kakitangan madrasah berkenaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Katanya, hasil siasatan, indeks kes adalah seorang tenaga pengajar di dua madrasah berkenaan yang terlibat sebagai jentera parti politik pada PRN lalu.

“Indeks kes menunjukkan simptom pada 21 November, namun telah mengajar di dua madrasah berkenaan selama dua hari hingga 23 November sebelum notifikasi positif Covid-19 diterima 25 November.

“Susulan itu, saringan menyeluruh telah dilakukan dan seramai 41 pelajar serta guru dikesan positif Covid-19,” katanya dipetik laporan media.

Akmal mengadakan sidang akhbar di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Merlimau hari ini.

Ujarnya, daripada jumlah itu seramai 33 orang merupakan pelajar berusia 19 tahun dan ke bawah, manakala baki adalah guru serta kakitangan madrasah.

Tambahnya, pihaknya juga masih menunggu keputusan saringan Covid-19 seramai 142 yang lain.

“Dua madrasah terbabit juga ditutup sehingga 17 dan 18 Disember ini di bawah Seksyen 18 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), bagi tujuan pembersihan dan disinfeksi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain kluster tersebut, dua lagi kluster baharu direkodkan adalah Kluster Industri Batu 16/5 Air Tawar di sini dan Kluster Kilometer 12 Paya Rumput di daerah Melaka Tengah.

“Seramai 64 kes positif direkodkan membabitkan Kluster Batu 16/5 Air Tawar, manakala 39 kes di Kluster Kilometer 12 Paya Rumput.

“Kedua-dua kluster ini direkodkan pada 20 November lalu,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok