Kluster pendidikan terus bertambah, 18 lagi dikesan di 9 negeri semalam

January 28, 2022 · Isu semasa

Lapan belas daripada 22 kluster Covid-19 yang dikesan semalam melibatkan kluster pendidikan, menjadikan keseluruhannya sejak 1 Januari lalu sebanyak 138 kluster kategori itu dilaporkan.

Semua kluster baharu pendidikan itu dikesan di sembilan negeri yang melibatkan 268 kes positif Covid-19, dengan kebanyakannya membabitkan pelajar sekolah.

Tiga daripada kluster pendidikan itu masing-masing dilaporkan di Pahang serta Sabah; masing-masing dua kluster di Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan serta Johor; dan masing-masing satu di Selangor serta Kuala Lumpur.

Di Pahang kluster pendidikan yang terlibat ialah Kluster Alor Akar di Kuantan melibatkan tujuh kes; Kluster Jalan Maran-Temerloh, Temerloh (13 kes); dan Kluster Jalan Pantai Empat, Rompin (25 kes).

Di Sabah melibatkan Kluster Jalan Terusan di Lahad Datu membabitkan 10 kes; Kluster Puri Seberang Keningau, Keningau (19 kes); dan Kluster Jalan Kiulu, Tuaran (15 kes).

Di Pulau Pinang, kluster pendidikan yang terbabit ialah Kluster Kubang Semang di Seberang Perai Tengah dengan 10 kes; dan Kluster Jalan Lembah, Timur Laut (sembilan kes).

Di Perak melibatkan Kluster Jalan Sultan Iskandar Shah, Kuala Kangsar dengan 12 kes; dan Kluster Kelimat Sungai Siput, Kuala Kangsar (enam kes).

Di Kelantan membabitkan Kluster Lorong Manar, Pasir Puteh sebanyak lapan kes; dan Kluster Dabong di Kuala Krai melibatkan lapan jangkitan.

Di Negeri Sembilan pula kluster pendidikan melibatkan Kluster Persiaran Pendidikan Enstek di Seremban dengan 50 kes positif Covid-19; dan Kluster Lorong Ilmu, Seremban (19 kes).

Di Johor melibatkan Kluster Jalan Anggor Kota, Kota Tinggi dengan 13 kes; dan Kluster Jalan Junid Muar, di Muar (13 kes).

Manakala kluster pendidikan di Selangor direkodkan di Hulu Langat serta Gombak membabitkan Kluster Kampung Baru Semenyih dengan 18 jangkitan; dan Kluster Jalan Genting Kelang, Titiwangsa, Kuala Lumpur melibatkan 13 jangkitan.

Sementara itu empat kluster lagi yang dikesan semalam membabitkan dua di tempat kerja, dan masing-masing satu komuniti serta kumpulan berisiko tinggi.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan hasil siasatan Pejabat Kesihatan Daerah ke atas kes dan kluster pendidikan antara lain berpunca daripada ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) ketika di sekolah dan luar waktu persekolahan formal, terutama di asrama.

Punca lain ialah:

  • Individu bergejala lewat dikesan dan masih lagi hadir ke kelas;
  • Murid yang dikuarantin di sekolah tidak mematuhi arahan dan prosedur kuarantin;
  • Ruangan tumpuan ramai tidak dilakukan pembersihan dan disinfeksi secara berkala; dan
  • Sistem pengudaraan yang kurang memuaskan di kelas dan asrama.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok