Kluster Mahkamah kena letak jawatan, jaga kredibiliti UMNO

April 4, 2021 · Isu semasa

Pemimpin UMNO daripada Kluster Mahkamah terus didesak meletak jawatan dan berehat kerana keberadaan mereka boleh meninggalkan tanggapan buruk rakyat terhadap parti.

Malah, sudah menjadi budaya UMNO apabila mana-mana pemimpin parti dihadapakan ke mahkamah, mereka akan meletak jawatan, kata bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib (gambar).

Setakat ini, beberapa pemimpin tertinggi UMNO, termasuk presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berdepan perbicaraan di mahkamah.

Zahid berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi, sementara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudahdijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Esok, Mahkamah Rayuan dijadual mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara ke atas beliau berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, berjumlah RM42 juta.

Memetik laporan Mingguan Malaysia, bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan reputasi UMNO sekali gus menjauhkan sokongan rakyat.

“Saya fikir, kalau ikut budaya UMNO, kalau orang itu dihadapkan ke mahkamah, dia akan meletak jawatan. Itu tradisi UMNO. Dia mesti selesaikan di mahkamah. Apabila selesai dan didapati tak bersalah, dia boleh kembali.

“Mereka wajar berehat, dan pemimpin-pemimpin dahulu semua macam itu. Tapi sekarang ini, saya lihat sekarang sama ada dalam kerajaan mahupun pembangkang, dua-dua bila terpalit pun masih jadi pemimpin,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok