Kluster baharu naik lagi kepada 20

January 19, 2022 · Isu semasa

Jumlah kluster baharu Covid-19 yang dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi semakin meningkat tinggi, dengan 20 lagi dikesan hari ini, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Semalam, KKM mengesan 17 kluster baharu di tujuh negeri dengan 11 daripadanya berkaitan pendidikan, khususnya melibatkan pelajar sekolah.

Bagaimanapun jenis kluster dan negeri yang dikesan hari ini hanya akan dimuat naik dalam laman sesawang Covidnow tengah malam nanti.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada keseluruhannya 6,255 kluster, 6,054 telah ditamatkan manakala 201 kluster lagi masih aktif.

Beliau juga memaklumkan sebanyak 239 lagi kes import dikesan dalam tempoh 24 jam itu, dengan 175 melibatkan rakyat tempatan dan 64 warganegara asing.

“Sebanyak 2,990 kes daripada 3,229 yang dilaporkan hari ini pula melibatkan penularan tempatan, termasuk 91 bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seramai 2,848 pesakit Covid-19 disahkan sembuh menjadikan keseluruhan 2,744,203 kes atau 97.4 peratus daripada kumulatif positif sebanyak 2,817,163 kes.

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini 162 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi dengan 76 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada 3,229 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 38 kes atau 1.2 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,191 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2, katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok