Kluster baharu di Kelantan berpunca daripada rentas negeri

July 25, 2021 · Isu semasa

Kemunculan beberapa kluster baharu di Kelantan yang mendadak berpunca daripada aktiviti merentas negeri semasa sambutan Aidiladha lalu, kata Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata masih terdapat rakyat di Kelantan yang berdegil dan memandang ringan larangan yang diberikan sehingga mengakibatkan peningkatan kes baharu Covid-19 di negeri tersebut.

“Saya terkejut juga dengan peningkatan mendadak dan rasa dukacita tetapi kita terpaksa hadapi sebab itu kita minta kerjasama semua pihak patuh SOP (terutama berkaitan rentas negeri) sebelum ini.

“(Kluster) di Machang berniaga durian, di Jeli berniaga durian juga… rentas negeri bawa balik durian. Kluster di Jeli membabitkan remaja umur 15 tahun. Dia rentas negeri pergi ambil durian,” katanya lapor portal Awani hari ini.

Menurutnya lagi, pada awalnya remaja tersebut tidak menunjukkan sebarang simptom bagaimanapun selepas itu mula menunjukkan gejala dan sehingga akhirnya menyebabkan menjangkiti ramai orang yang tinggal di sekitarnya.

“Walaupun mereka tidak bergejala selepas merentas negeri, virus yang ada pada tubuh mereka telah mencetus kluster di kawasan mereka,” katanya lagi.

Katanya, kerajaan negeri sebelum ini sudah mengingatkan perantau supaya tidak pulang ke Kelantan sekiranya tiada urusan kematian atau kecemasan.

Mengenai aktiviti penjualan durian di bahu jalan, Mohd Amar berkata aktiviti berkenaan sebenarnya melanggar SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Bagaimanapun kerajaan negeri tidak mengenakan tindakan kerana menimbang (mengambil kira) kesusahan rakyat dan peniaga yang terkesan,” katanya.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok