Klip raya ‘panas’ ahli perniagaan dirujuk kepada Jakim untuk tindakan

April 25, 2022 · Isu semasa

Klip video lagu raya seorang ahli perniagaan yang menjadi perdebatan dan perbincangan panas rakyat Malaysia telah dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dibawa kepada pihak berkuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata klip video itu yang diringi watak penari jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal setelah menempuh ujian dan tarbiah dalam bulan Ramadan.

“Saya mengambil maklum ada beberapa video yang tular berkenaan klip video raya yang dimuat naik oleh seorang ahli perniagaan yang tersohor di Malaysia.

“Saya terpanggil untuk mengulas isu ini kerana pada ketika semua umat Islam pastinya berasa teruja untuk mengejar 10 malam terakhir Ramadan untuk mencari sebanyaknya pahala yang Allah tawarkan kepada mereka yang beriman, seolah isu ini saya khuatir menenggelamkan keghairahan umat Islam dalam mengejar rahmat takwa ini.

“(Namun) ternyata terdapat perdebatan dan perbincangan yang agak panas di kalangan rakyat Malaysia terhadap klip video ini, yang diringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam.

“Pastinya saya kira kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal kelak setelah kita menempuh ujian dan tarbiyah di dalam bulan Ramadan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Klip video ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ itu menunjukkan aksi beberapa penari lelaki bergelek dengan ada antaranya memakai singlet tetapi bersongkok.

Idris dalam pada itu menasihatkan agar klip video seumpamanya dikeluarkan daripada siaran di mana-mana platform media atau ditetapkan pada mod privasi untuk tatapan peribadi pemilik sahaja.

“Saya yakin ia mampu memberi jiwa besar dan hati lebih lapang jika kita patuh pada ajaran dan nilai agama yang tidak rugi pun jika kita menurutinya, malah insya-Allah akan melapangkan lagi rezeki kita,” katanya.

Berharap dapat bertemu dengan pemilik video itu, Idris turut menyeru masyarakat agar sentiasa berhati-hati dan cakna terhadap perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama yang semakin baik dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Jika ada peluang, mungkin saya boleh bertemu mata bersama dengan empunya video ini sebagai tanda ingatan dan ukhuwah sesama Islam, dan mungkin banyak perkara yang boleh dikongsi bersama dalam pertemuan ini. Insya-Allah,” katanya.

Berita berkaitan
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Ada lagi Ahli Parlimen PN didekati ahli perniagaan lobi tukar sokongan, dedah Hamzah
November 4, 2023· Politik
Apa jaminan kerajaan kenaikan cukai SST tak jejaskan rakyat?
October 25, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
6 pelajar MRSM di Kuala Kangsar positif Covid-19
December 2, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok