KLIA, lapangan terbang Langkawi antara terbaik di dunia: Kajian

August 16, 2022 · Isu semasa

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) disenaraikan sebagai antara lapangan terbang terbaik dunia dalam tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) terkini bagi suku kedua 2022.

Kedua-dua lapangan terbang itu mencapai skor sempurna 5.00 dalam tinjauan global oleh Airports Council International (ACI) yang mengukur keseluruhan kepuasan penumpang dari segi keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan.

KLIA berkongsi pencapaian itu dengan tujuh lapangan terbang lain dalam kategori lebih 40 juta penumpang setahun (mppa) dan LGK merupakan satu-satunya lapangan terbang yang memperoleh mata penuh dalam kategori 2.0 – 5.0 mppa.

“Sudah tentu lebih mencabar untuk terus mengekalkan pengalaman penumpang yang hebat kerana kami mengalu-alukan lebih ramai penumpang di lapangan terbang kami, tetapi kami tidak akan goyah dalam komitmen kami untuk berbuat demikian.

“Keputusan ASQ terkini adalah manifestasi komitmen ini, bukan sahaja dari Malaysia Airports tetapi seluruh komuniti lapangan terbang,” kata Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd Datuk Iskandar Mizal Mahmood dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagi KLIA, tiga pujian teratas yang diterima menerusi tinjauan ASQ ialah proses lancar di pusat sentuh, bantuan di lapangan yang sopan dan daftar masuk pantas di kaunter.

Pada Julai 2022, Malaysia Airports Group mencatatkan sejumlah 7.8 juta pergerakan penumpang – 4.8 juta pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbang tempatan dan 3.0 juta penumpang di lapangan terbang Turkiye, Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen.

Kumpulan itu merekodkan 3.1 juta pergerakan domestik dan 1.6 juta pergerakan antarabangsa di Malaysia bulan lepas, peningkatan memberangsangkan 26 peratus daripada bulan sebelumnya.

Sehingga kini, kedua-dua segmen telah menunjukkan aliran pemulihan yang meningkat, dengan trafik domestik dan antarabangsa masing-masing mencecah 66 peratus dan 18 peratus daripada volum sebelum Covid-19. – Bernama

Berita berkaitan
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023· Politik
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023· Politik
Dr Mahathir terima rawatan di IJN
August 4, 2023· Isu semasa
Pengguna media sosial kecam Fahmi kritik Dr Mahathir sebagai ‘Maha Tua’
July 31, 2023· Politik
Popular
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
11 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
19 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
19 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
20 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
6 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok