‘Klang panas’ selepas kes majikan Cina pukul pengawal peribadi

April 16, 2021 · Isu semasa

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed meminta masyarakat bersabar dan tidak mengambil tindakan sendiri berhubung kejadian dua pengawal peribadi yang dipukul oleh majikan kerana berpuasa.

Katanya, polis sudah mengesan beberapa gesaan yang berbaur ugutan daripada pihak tertentu untuk mengisytiharkan perang dan mengepung kawasan Klang.

“Kenyataan yang sebegini, boleh mengeruhkan keadaan, serta menjejaskan ketenteraman awam dan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arjunaidi berkata, beberapa klip video juga dikesan telah dimuat naik dari pelbagai platform media sosial, yang menggesa supaya tindakan setimpal diambil terhadap suspek.

Beliau berkata, sehingga ini pihak polis mengesahkan bahawa seramai lima orang telah ditangkap melalui beberapa siri operasi bagi membantu siasatan.

Dari jumlah tersebut, katanya, empat orang ditangkap di Klang Selatan, sementara seorang lagi di Dang Wangi, Kuala Lumpur dan semua suspek telah ditahan reman antara lima hari hingga tujuh hari.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok