KL hantar nota diplomatik kepada 168 negara isu tuntutan Sulu

May 21, 2022 · Isu semasa

Malaysia akan menghantar nota diplomatik kepada 168 negara yang menandatangani Konvensyen New York sebagai memberi makluman awal jika terdapat mana-mana pihak mahu membawa tuntutan mewakili pihak didakwa waris Sultan Jamalul Kiram II atau penimbang tara Dr Gondoza Stampa berhubung ‘Final Award’ kepada waris Sultan Sulu.

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata tindakan proaktif itu diambil supaya 168 negara itu mengetahui pihak berkenaan membuat tuntutan tersebut secara satu pihak selain proses diplomatik tersebut diharap membolehkan negara terlibat memaklumkan Malaysia jika ada permohonan serupa difailkan di negara mereka.

Secara keseluruhannya, terdapat 169 negara yang menandatangi Konvensyen New York, bagaimanapun Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis, sebelum ini telah membuat keputusan supaya Malaysia membayar pampasan US$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.

“Kementerian Luar akan menghantar notis kepada Kementerian Luar 168 negara terlibat kerana Stampa telah membuat Final Award di Perancis dan kita tidak tahu jika mereka (Stampa dan waris Sultan Sulu) akan berhenti di Perancis atau ke negara lain pula selepas ini dengan tuntutan sama.

“Kita telah membuat permohonan untuk membatalkan Final Award ini dan kini sedang menunggu keputusan daripada Mahkamah Perancis yang dijangkakan tidak lama lagi,” katanya pada sidang media semasa ditemui pada Jamuan Raya Parlimen dan Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota di Kuantan, hari ini.

Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan dibuat pihak mendakwa waris kepada Sultan Sulu dan menolak sepenuhnya Final Award dikeluarkan Stampa atas dakwaan pelanggaran Perjanjian 1878 antara Sultan Sulu ketika itu dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent, yang menyaksikan Sultan Sulu menyerahkan buat selama-lamanya wilayahnya di Borneo Utara, kini Sabah.

Sebagai balasan, Sultan Sulu serta warisnya diberikan wang serahan RM5,300 setiap tahun, bagaimanapun susulan serangan bersenjata di Lahad Datu, bayaran itu dihentikan pada 2013.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata beliau bertemu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor semalam, dan memaklumkan tindakan kerajaan Persekutuan dalam menangani isu tuntutan waris Sultan Sulu, dengan kedua-dua pihak bersetuju pertemuan lebih kerap dapat dilakukan bagi melancarkan usaha tersebut.

Selain berkaitan tuntutan Sultan Sulu, Saifuddin berkata beliau dan Hajiji juga bersetuju supaya wakil rasmi dari Sabah akan dilibatkan dalam dua jawatankuasa perundingan sempadan Malaysia-Indonesia yang melibatkan sempadan maritim dan darat.

“Saya juga akan bertemu dengan Ketua Menteri, Menteri Besar dan Premier negeri yang bersempadan dengan negara-negara jiran supaya kita lebih bersistematik dan jawatankuasa perundingan sempadan akan ada wakil negeri berkaitan,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023· Politik
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023· Isu semasa
Pengeluar jam nafi dakwaan jam dirampas ada tulisan LGBT
May 30, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit paling rendah sejak 6 bulan
May 19, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
16 minit lalu · Isu semasa
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
5 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok