KL gantung sementara laluan hijau Malaysia-Singapura

May 10, 2021 · Isu semasa

Kuala Lumpur menggantung sementara Skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dengan Singapura di peringkat Malaysia bermula 13 Mei ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sehubungan itu, beliau berkata, pengembara dari Singapura yang mahu memasuki Malaysia bagi tujuan perniagaan perlu menggunakan saluran One Stop Centre (OSC) yang disediakan oleh Lembaga Pembangunan Malaysia (MIDA).

Katanya, langkah itu diambil selepas Singapura disenaraikan sebagai negara yang melaporkan penularan ‘Variant of Concern’ (VOC) SARSCoV-2 dalam komuniti.

“Pengembara masuk ke Malaysia dari Singapura yang menggunakan Skim Periodic Communicating Arrangement (PCA) perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari mulai 13 Mei 2021.

“Skim Reciprocal Green Lane (RGL) Malaysia-Singapura digantung sementara waktu di peringkat Malaysia bermula 13 Mei 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Singapura telah melaporkan kes membabitkan varian Afrika Selatan B.1.351, varian United Kingdom B.1.1.7, varian Brazil B.1.1.28 (P1) termasuk Variant of Interest (VOI) dari India iaitu B.1.617.1

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM), akan sentiasa mengemaskini senarai negara dengan penularan VOC SARS-CoV-2 dalam komuniti, dan akan memaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok