KKM tawar pengajian kepakaran kepada 1,347 pegawai tetap, 216 kontrak

August 30, 2022 · Isu semasa

Seramai 1,347 pegawai perubatan dan pegawai pergigian lantikan tetap Kementerian Kesihatan (KKM) ditawarkan mengikuti program pengajian kepakaran bagi Sesi Akademik tahun 2022/2023.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia merangkumi 1,232 pegawai ditawarkan ke Program Pengajian Kepakaran Sarjana Perubatan, 54 pegawai bagi Sarjana Pergigian manakala 61 pegawai lagi ditawarkan ke Program “Parallel Pathway”.

Selain itu, beliau berkata 216 pegawai lantikan kontrak juga telah ditawarkan mengikuti program pengajian kepakaran menerusi Program Latihan Kepakaran (PLK) dengan biasiswa KKM yang ditawarkan buat kali pertama kepada pegawai lantikan kontrak sejak skim lantikan kontrak diwujudkan pada 2016.

“Tawaran program pengajian kepakaran dengan tajaan menerusi PLK ini juga adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri untuk mewujudkan laluan kerjaya yang setara antara pegawai lantikan tetap dan pegawai lantikan kontrak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy berkata pegawai boleh menyemak menerusi laman sesawang sistem eHLP di alamat http://ehlp.moh.gov.my berhubung status permohonan tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan PLK dengan biasiswa KKM bagi pegawai yang berjaya mengikuti program berkenaan.

Iklan permohonan bagi mengikuti pengajian tersebut dikeluarkan pada 28 Jan lepas dan proses pemilihan calon telah bermula selepas tarikh tutup permohonan pada 10 Mac lepas.

Bagi sesi akademik 2023/2024, permohonan CBBP dengan HLP dan PLK dengan biasiswa KKM untuk mengikuti Program Pengajian Kepakaran Sarjana Perubatan, Sarjana Pergigian dan “Parallel Pathway” akan mula dibuka pada Oktober ini. – Bernama

Berita berkaitan
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
7 jam lalu· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
20 jam lalu· Politik
Kesian, Anwar nisankan reformasi dengan pembebasan Zahid: Khairy
September 7, 2023· Politik
Khairy bidas DAP ’anjing suruhan’ selepas pendakwa minta hentikan kes Zahid
September 5, 2023· Politik
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
4 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
4 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
5 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
7 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok