KKM syor majikan beri cuti khas pekerja jalani saringan kesihatan

September 11, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan majikan di negara ini memberi satu hari cuti khas setiap tahun kepada pekerja, bagi membolehkan mereka melakukan saringan kesihatan.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin turut meminta Kementerian Kewangan mengkaji peraturan baharu supaya majikan dapat memberikan cuti saringan kesihatan, satu hari setiap tahun kepada pekerja mereka.

Menurutnya tambahan cuti berkenaan bagi memastikan pekerja dapat menjalani saringan kesihatan yang kebiasaannya dilaksanakan setahun sekali.

“Saya meminta apabila pekerja hendak buat saringan kesihatan yang biasanya dibuat sekali dalam setahun, mereka perlu diberi cuti oleh majikan.

“Hari minggu sibuk dengan anak-anak dan keluarga dan akhirnya mereka tidak dapat buat saringan kesihatan.

“Lazimnya mereka terpaksa mengambil cuti daripada jumlah cuti yang dibenarkan.

“Jadi saya memohon majikan tambah satu hari cuti dalam setahun untuk mereka lakukan saringan kesihatan kerana ini penting untuk mengetahui tahap kesihatan pekerja,” katanya selepas merasmikan Program Merdeka@Parlimen Rembau di Balairaya Sri Kendong, Kota, di Rembau hari ini (11 September).

Media sebelum ini melaporkan bahawa KKM mendapati kira-kira 53 peratus rakyat Malaysia dewasa tidak menjalani saringan kesihatan dalam tempoh setahun lalu, sekali gus menggambarkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan saringan kesihatan masih rendah.

Berikutan itu, KKM mengambil inisiatif mewujudkan program Saringan Kesihatan Kebangsaan yang dilaksanakan bermula Julai lalu hingga Disember tahun ini.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata perkara itu akan dibincangkan bagi pembentangan Bajet 2023 memandangkan langkah tersebut akan memberi kesan kepada majikan.

Berita berkaitan
Laporan polis dibuat pekerja MYAirline berhubung tunggakan gaji
November 1, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Isu caj QR, ini keadaannya apabila ada ‘menteri kewangan sambilan’: Khairy
October 4, 2023· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
Popular
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
36 minit lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
39 minit lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
42 minit lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
45 minit lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
16 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok