KKM sokong mansuh sabitkan cubaan bunuh diri sebagai kes jenayah

September 10, 2021 · Isu semasa

Sokongan terhadap pindaan atau pemansuhan Seksyen 309 di bawah Kanun Keseksaan yang mensabitkan cubaan bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah, adalah antara beberapa inisiatif yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha menangani isu tingkah laku itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelaksanaan dekriminalisasi cubaan bunuh diri akan menjadi anjakan dalam usaha pencegahan bunuh diri di Malaysia.

“Pelaksanaan itu akan menggalakkan mereka yang terkesan untuk tampil dan mendapatkan bantuan seawal mungkin,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia, hari ini.

Beliau berkata mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati terdapat peningkatan dalam kematian akibat kes bunuh diri yang dilaporkan di Malaysia pada tahun 2020 iaitu sebanyak 631 kes berbanding 609 kes pada tahun 2019.

Katanya, Ssehingga Julai 2021, sejumlah 638 kes bunuh diri telah dilaporkan oleh PDRM berbanding 262 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2020 iaitu peningkatan sebanyak 143 peratus atau 1.4 kali lebih banyak.

Dr Noor Hisham berkata tingkah laku bunuh diri meliputi idea bunuh diri, rancangan bunuh diri, cubaan bunuh diri, dan kematian akibat tindakan bunuh diri.

“Tambahan lagi, situasi pandemik Covid-19 di seluruh dunia memberikan impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu dan masyarakat Malaysia tidak terkecuali.

“Faktor-faktor sosial yang menyebabkan stres yang terlampau antaranya hilang pekerjaan atau sumber pendapatan, isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai juga boleh memberi kesan kepada sesetengah individu yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan.

“Sekiranya kemurungan ini gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ianya berisiko untuk tingkah laku bunuh diri,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, selaras dengan ‘Konsep Keluarga Malaysia’, masyarakat perlu sama-sama berperanan mengenal pasti simptom awal kemurungan dan tingkah laku bunuh diri dalam kalangan orang yang disayangi terutamanya dalam situasi pandemik Covid-19.

Selain itu, Dr Noor Hisham memaklumkan beberapa inisiatif lain turut dilaksanakan termasuk, pengukuhan pelaksanaan perkhidmatan sokongan kesihatan mental dan psikososial, advokasi Kempen Let’s TALK Minda Sihat, latihan, dan mempergiatkan sesi libat urus dengan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok