KKM siasat video dakwa vaksin anak KJ dibuang sebelum disuntik

February 16, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyiasat video tular menerusi media sosial berkaitan dakwaan cecair vaksin Covid-19 yang diberikan kepada anak bongsu Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah dibuang sebelum disuntik.

Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata bagaimanapun setakat ini beliau mengesahkan anak bongsu Khairy telah menerima suntikan vaksin Covid-19, lapor Bernama.

“Kalau saya tengok yang ditunjuk oleh beliau (Khairy Jamaluddin) memang anaknya telah disuntik. Beliau sendiri pun sudah terima vaksin namun kita akan buat siasatan, esok saya akan memaklumkan perkara ini kepada beliau jika video berkenaan telah disunting, kita akan ambil tindakan.

“Malah, setakat ini pun kita telah banyak siasat dan ambil tindakan. Orang ramai sentiasa mencari salah walhal pengambilan vaksin berkenaan adalah satu daripada usaha kerajaan hanya untuk melindungi kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin khas (SPPV) di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini hari in

Sebelum ini timbul pelbagai tuduhan dan spekulasi bahawa jururawat yang melaksanakan vaksinasi terhadap anak bongsu Khairy membuang cecair vaksin terlebih dahulu sebelum melakukan suntikan.

Mengulas lanjut, Dr Noor Azmi meminta masyarakat supaya tidak mendengar berita-berita palsu membabitkan vaksin Covid-19 terutama daripada mereka yang bukan pakar dalam bidang berkenaan.

“Tidak ada sesiapa yang ingin melindungi apa-apa. Tidak mungkin KKM menipu dan sebagainya selain kita juga sentiasa peka berkaitan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) dan hanya mahu memberikan yang terbaik demi kesihatan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata untuk meyakinkan masyarakat tentang penerimaan vaksin Covid-19, pihaknya juga telah menggerakkan unit komunikasi strategik bagi memberi penjelasan berkaitan fakta dan data mengenai vaksin Covid-19.

Katanya, selain itu KKM turut menjemput pakar kanak-kanak dan sebagainya untuk memberi penerangan di stesen televisyen mengenai kepentingan mengambil suntikan vaksin demi kebaikan kesihatan masyarakat sekali gus melindungi mereka.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
18 minit lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
21 minit lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
25 minit lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
28 minit lalu · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
16 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok