KKM siasat dakwaan isu kematian selepas suntik vaksin

April 21, 2021 · Isu semasa

Susulan dakwaan kematian beberapa orang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas disuntik vaksin dalam media sosial, satu siasatan lengkap akan dijalankan bagi menangani isu tersebut.

Bahagian Regulatori Farmasi Negara dalam satu kenyataan berkata pihak KKM sedang menyiasat berhubung dakwaan tersebut dan hasil siasatan akan didedahkan kepada umum sebaik selesai semua proses yang diwajibkan mengikut peraturan perubatan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum akan penularan isu kematian beberapa orang kakitangan KKM yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 di media sosial.

“Pihak KKM sedang menyiasat akan perkara ini dan makluman akan diberikan kepada umum selepas siasatan selesai,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula pada 24 Februari 2021 dengan Fasa 1 yang melibatkan pemberian vaksin kepada petugas barisan hadapan iaitu petugas kesihatan, pekerja perkhidmatan penting (essential) dan pertahanan.

Kini Fasa 2 pemberian vaksin yang bermula pada 19 April 2021 pula melibatkan baki kumpulan daripada Fasa 1 dan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi mengalami penyakit kronik dan orang kelainan upaya (OKU).

Setakat ini, tiada laporan kematian disebabkan oleh vaksin COVID-19 dilaporkan.

Dalam kenyataan tersebut juga, KKM juga menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Sehubungan itu, pihak KKM meminta agar orang ramai tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat yang tidak dikenalpasti sumber dan kebenarannya.

Sebarang penyebaran atau perkongsian akan menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Berita berkaitan
Satu daripada 9 wanita hidap kanser
June 21, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 1,922 dengan empat kematian
June 15, 2022· Isu semasa
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022· Isu semasa
82,846 kes HFMD direkodkan KKM setakat 4 Jun
June 7, 2022· Isu semasa
Popular
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
17 minit lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
30 minit lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
40 minit lalu · Isu semasa
Isu harga barang, PM bidas pembangkang fitnah kata kerajaan tak peduli
47 minit lalu · Isu semasa
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok