KKM setuju tempah Molnupiravir, berkesan rawat Covid-19

October 7, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju menempah ubat antiviral Molnupiravir dengan Merck Sharp & Dohme selepas menandatangani surat akujanji (Letter of Undertaking) dengan pembekal.

Persetujuan itu disahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang bkerajaan bersetuju untuk membuat perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap (patient courses) bagi merawat pesakit Covid-19 kerana keberkesanannya.

“Kajian yang dijalankan oleh Merck Sharp & Dohme mendapati Molnupiravir mampu menurunkan kadar kemasukan ke wad sebanyak 50 peratus selain turut berkesan terhadap varian virus Covid-19 yang lebih ganas seperti Gamma, Delta dan Mu.

“Bagaimanapun, ingin dinyatakan walaupun terdapat ubat Molnupiravir, ia bukan bermakna vaksin tidak diperlukan lagi kerana fungsi pelalian berkenaan adalah untuk mengurangkan jangkitan dan mencegah daripada mendapat jangkitan yang lebih teruk,” katanya.

Jelasnya, perolehan yang dibuat itu sebagai persediaan negara dalam memulakan peralihan ke fasa endemik iaitu hidup bersama Covid-19 dengan menambah pilihan rawatan inovatif baharu sebagai ‘senjata’ melawan virus.

Khairy menambah, ubat Molnupiravir tidak boleh mencegah jangkitan sebaliknya ia hanya bermanfaat kepada individu yang sudah dijangkiti.

“Kita memerlukan kedua-dua kaedah (vaksin dan ubat) untuk menurunkan beban penyakit Covid-19, sekali gus memberikan impak yang lebih besar dalam usaha pencegahan dan kawalan penularan jangkitan virus.

“Dalam masa yang sama, KKM kini giat memantau perkembangan pembangunan ubat-ubatan berkaitan rawatan pesakit Covid-19 di seluruh dunia untuk memastikan negara tidak ketinggalan untuk mendapatkan rawatan terbaik kepada penduduk,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Kira elaun ‘on-call’ hanya 15 jam sehari bukan 24 jam : KKM
June 26, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
2 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
22 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
22 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok