KKM sedia kaji pemakaian pelitup muka, kata Dr Noor Hisham

September 1, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) sedia mengkaji keperluan melonggarkan pemakaian pelitup muka seperti dilaksana Singapura.

Tanpa memperincikan tempohnya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kajian mengenainya akan dibuat.

“Kita akan kaji dan insya-Allah akan diumumkan selepas kajian selesai,” katanya menurut BH.

Beliau diminta mengulas gesaan beberapa pihak termasuk Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan pakar epidemiologi supaya KKM membuat keputusan berhubung kelonggaran pemakaian pelitup muka.

Ia berdasarkan beberapa indikator Covid-19 di negara ini yang terus menunjukkan penurunan, termasuk kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan.

Baru-baru ini, Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat bersama KKM yang diwakili Timbalan Menterinya, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Muhyiddin dilaporkan berkata, sudah ada kebiasaan dalam kalangan rakyat dan penduduk negara ini untuk memakai pelitup muka tanpa dipaksa.

Justeru, katanya, KKM tidak wajar lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka, sebaliknya boleh terus digunakan jika orang ramai berasa ia lebih selamat.

Berita berkaitan
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
October 3, 2022· Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
9 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
10 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
11 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
11 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok