KKM sasar 60% remaja 12-17 tahun terima dos pertama pada November

September 15, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan 60 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada November depan, kata Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A).

Dalam kenyataan hari ini, CITF-A juga akan memastikan sasaran 80 peratus remaja mendapat dos lengkap sebelum sesi persekolahan dibuka pada 2022, akan tercapai dengan kerjasama semua pihak.

Menurut CITF-A, proses pemberian vaksin kepada remaja akan dilakukan melalui tiga kaedah iaitu secara jangkau luar ke sekolah atau institusi secara berjadual.

Bagi memudahkan remaja yang akan menduduki peperiksaan utama di sekolah berasrama, janji temu vaksin dos pertama akan diberikan di klinik swasta atau sekolah, yang berhampiran, manakala doa kedua akan diberi di sekolah masing-masing atau di lokasi pemberian dos pertama jika sekolah belum dibuka.

Selain itu, khusus untuk remaja dengan komorbid di mana mereka perlu mendapatkan vaksin di hospital atau klinik kesihatan yang merawat mereka.

CITF-A turut memaklumkan bagi remaja yang tidak dapat hadir bersama ibu bapa atau penjaga, mereka akan diberikan temu janji ke klinik kesihatan swasta yang berdekatan melalui aplikasi MySejahtera.

Menurut CTIF-A, jenis vaksin yang akan digunakan adalah dua dos suntikan Pfizer, yang telah mendapat kelulusan berstatus pendaftaran bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Indonesia sahkan tak buat kenyataan tuntut Tubir Selatan: Wisma Putra
January 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
6 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
6 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok