KKM ramal kes Covid-19 naik 20 ribu menjelang bulan depan

February 6, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) meramalkan berkemungkinan kes baharu jangkitan Covid-19 dijangka meningkat kembali mencecah lebih 20,000 kes menjelang hujung bulan depan.

Unjuran tersebut dibuat sekiranya kadar kebolehjangkitan (Rt) virus itu kekal pada kadar 1.2, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jelasnya lagi, ramalan awal itu berdasarkan model Pemerhatian dan Unjuran Kes Harian SEIR oleh KKM, yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, hari ini.

Bagaimanapun, beliau yakin tahap keparahan wabak itu dapat dikurangkan walaupun kes bakal melonjak tinggi, berikutan kadar vaksinasi dan dos penggalak yang tinggi.

“Jika Ro/Rt adalah 1.2, kes harian diunjurkan mengikut kawasan warna beige (dalam grafik model SEIR).

“Namun, dengan liputan vaksin yang luas dan dos penggalak dapat mengurangkan keparahan kes,” katanya.

Terdahulu, beliau memaklumkan nilai Rt di Malaysia sudah mencecah 1.2 semalam berbanding 1.13 kelmarin, dengan empat negeri merekodkan nilai Rt melebihi purata kebangsaan.

Data yang dimuat naik di Twitter Noor Hisham itu menunjukkan Perlis mencatat nilai Rt tertinggi semalam dengan 1.49, disusuli Sabah (1.41), Putrajaya (1.29) dan Kedah 1.22.

Dalam pada itu, jumlah kes harian Covid-19 kembali melonjak kepada lebih 10,000 kes hari ini, selepas berlegar sekitar 2,000 hingga 3,000 kes sejak pertengahan Disember tahun lalu, dipercayai akibat varian Omicron.

Pola peningkatan kes harian mula dilihat pada 21 Januari lalu dengan 4,046 kes dicatatkan, sebelum melonjak kepada 5,439 kes pada 27 Januari, 7,234 kes pada 4 Februari, 9,117 kes semalam dan 10,089 kes hari ini.

Setakat 25 Januari lalu, KKM merekodkan 601 kes varian Omicron yang amat mudah berjangkit di negara ini, dengan 579 daripadanya dikategorikan sebagai kes sporadik.

Malaysia pertama kali mengesan kes positif Covid-19 varian Omicron pada 2 Disember lalu, membabitkan pelajar warga asing yang tiba ke Malaysia dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November tahun lalu.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Cuaca panas, KKM jangka kes strok haba meningkat
May 13, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok