KKM mohon lebih banyak dana penjagaan kesihatan awam

August 15, 2022 · Isu semasa

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memperuntukkan lebih banyak dana untuk kesihatan awam.

Menurutnya, perbelanjaan penanda aras untuk kesihatan awam adalah antara empat dan lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, tetapi bagi Malaysia, data menunjukkan ia hanya 2.59 peratus daripada KDNK pada 2020.

Sehubungan itu beliau memohon peruntukan perbelanjaan kesihatan awam ditingkatkan kepada lima peratus daripada KDNK Malaysia bagi memastikan negara mempunyai sistem kesihatan awam bertaraf dunia pada masa hadapan, lapor Bernama.

Belliau berkata peruntukan 2.59 peratus daripada KDNK untuk perbelanjaan kesihatan awam menyebabkan ramai mengeluh dan mengadu berhubung tempoh yang lama diperlukan bagi mendapatkan perkhidmatan seperti pengimejan resonans magnetik (MRI) atau imbasan tomografi berkomputer (CT) di hospital kerajaan.

“Saya tahu semua kementerian minta duit (peruntukan) daripada Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri) dan semua sama penting, tetapi ada juga kementerian yang lebih penting daripada kementerian lain. Kementerian ini adalah lebih penting daripada yang lain sebab tugas teras kita (KKM) adalah nyawa tentang hidup dan mati.

“Satu angka sahaja saya nak Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri) ingat iaitu lima. Bukan RM5 bilion, bukan RM5 juta tetapi lima peratus daripada KDNK negara kita,” katanya ketika berucap pada Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 di Kuala Lumpur, hari ini.

Persidangan bertemakan “Masa Hadapan Perkhidmatan Kesihatan Melalui Pembangunan Kertas Putih Kesihatan” itu dirasmikan Perdana Menteri.

Sementara itu, Khairy berkata segala dasar dan program yang memberi manfaat jangka masa panjang kepada rakyat tidak pernah terjejas atau terganggu meskipun kerajaan di bawah kepimpinan Ismail Sabri berdepan berbagai spekulasi mengenai pilihan raya umum (PRU).

Ini kerana dalam tempoh setahun mentadbir, beliau berkata banyak pencapaian telah diraih oleh pentadbiran Perdana Menteri termasuk kejayaan mengawal pandemik Covid-19 serta penggubalan beberapa undang-undang yang dilihat penting untuk generasi masa sekarang dan akan datang.

Penggubalan undang-undang itu antaranya berhubung Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 (AGS 2021) yang baru diluluskan selepas lebih 10 tahun dirangka, serta Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti yang dilihat bakal membawa kestabilan dan integriti dalam politik.

“Dalam bidang kesihatan pula, Perdana Menteri telah beri sokongan kepada saya untuk membawakan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 serta kini turut memberi restu kepada KKM untuk membawakan satu Kertas Putih Kesihatan bagi mentransformasikan sistem kesihatan negara.

“Ini bermakna walaupun kita adalah kerajaan yang masanya tidak lama tetapi sebenarnya telah berjaya membawa pembaharuan jauh ke depan,” katanya.

Berita berkaitan
Unjuran KDNK 2022 Malaysia disemak naik kepada 6.4 peratus
12 jam lalu· Isu semasa
Bajet 2023 Malaysia dijangka lebih mengutamakan rakyat: Bank Dunia
12 jam lalu· Isu semasa
PRU-15 tak sesuai semasa musim banjir, kata Khairy balas Zahid nak redah
September 21, 2022· Politik
Najib tidak diberi layanan perubatan istimewa, kata Khairy
September 21, 2022· Politik
Popular
Dua PPS banjir dibuka di Klang, paras air 2 daerah berjaga-jaga
September 28, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kon sangkut di kepala
September 27, 2022
Nilai ringgit kekal menyusut berbanding dolar pagi ini
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Maybank tukar SMS OTP kepada Secure2u menjelang Jun 2023
1 jam lalu · Isu semasa
Semakan kes SRC Najib: Shafee tulis surat minta perbicaraan dipercepat
2 jam lalu · Isu semasa
Dua PPS banjir dibuka di Klang, paras air 2 daerah berjaga-jaga
2 jam lalu · Isu semasa
1,552 kes semalam, 6 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit kekal menyusut berbanding dolar pagi ini
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
17 jam lalu
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok