KKM lulus suntikan vaksin kepada remaja 12 hingga 17 tahun

August 13, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan suntikan vaksin Covid-19 kepada dua golongan remaja iaitu yang berusia 12 hingga 15 tahun, dan 16 hingga 17, menerusi Program Iminisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Golongan 12 hingga 15 tahun adalah remaja yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, manakala yang berumur 16 hingga 17 tahun pula adalah individu yang ada atau tanpa masalah kesihatan tertentu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun dilaporkan berkata pemberian dos suntikan itu bergantung kepada bekalan vaksin sedia ada.

Bagaimanapun tiada maklumat mengenai jenis vaksin yang akan diberikan kepada remaja pada usia berkenaan.

Pada Mei lalu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan vaksin Pfizer kepada remaja berusia 12 hingga 15 tahun, susulan ujian klinikal dijalankan pengeluar vaksin berkenaan sejak awal Mac 2021.

Pemangku Pesuruhjaya FDA Dr Janet Woodcock, berkata pihaknya telah melakukan kajian terperinci terhadap semua data dan meluluskan kegunaannya kepada remaja berusia 12 hingga 15 tahun.

“FDA telah menetapkan bahawa vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 lebih memenuhi kriteria perundangan untuk meminda Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA).

“Apa yang diketahui bahawa vaksin ini memberi manfaat terhadap individu berusia 12 tahun ke atas melebihi risiko,” katanya.

Terdahulu, BH yang memetik Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 12 Ogos melaporkan Dr Noor Hisham sebagai berkata remaja yang mempunyai masalah kesihatan tertentu perlu menjalani penilaian pra-vaksinasi oleh pegawai atau pakar perubatan.

“Penilaian dibuat berdasarkan status kesihatan semasa, sejarah perubatan, sejarah alergik serta rawatan atau ubatan yang sedang diterima.

“Tidak semua bakal penerima vaksin akan melalui prapenilaian ini, hanya tiga kategori sahaja yang perlu menjalani penilaian.

“Iaitu individu yang mempunyai sejarah alahan yang teruk, individu yang mengalami kelemahan sistem imun disebabkan oleh penyakit atau rawatan diterima serta individu yang menerima rawatan ubat pencair darah atau mempunyai masalah kesihatan sehingga menyebabkan kecenderungan mengalami pendarahan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata bagi memastikan keselamatan remaja yang mempunyai masalah kesihatan tertentu terjamin, mereka yang dinilai sebagai berisiko ini akan menerima vaksin di hospital atau institusi perubatan.

“Ini bagi membolehkan rawatan kecemasan serta rawatan lanjut dapat diberikan dengan kadar segera sekiranya perlu.

“Golongan yang dimaksudkan ialah tiga kategori yang perlu menjalani Penilaian Pra-Vaksinasi dan pesakit yang menerima rawatan jangka panjang di hospital atau institusi perubatan atau pesakit tertentu yang dirasakan perlu oleh pengamal perubatan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja selepas mengambil kira data dan pandangan penilaian calon vaksin.

Berita berkaitan
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
23 jam lalu· Politik
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
2 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
2 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
3 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
3 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok