KKM lulus Evusheld tangani Covid

May 13, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk Evusheld 100 miligram per milimiter (mg/ml) Solution For Injection (Tixagevimab 100 mg/ml dan Cilgavimab 100 mg/ml) keluaran Astrazeneca AB, Sweden.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk itu digunakan sebagai pencegahan jangkitan Covid-19 berikutan prapendedahan Covid-19 kepada orang dewasa dan remaja berumur 12 tahun ke atas dengan berat sekurang-kurangnya 40 kilogram.

“Selain itu, ia juga digunakan ke atas individu yang berkemungkinan tidak memperoleh tindak balas imun mencukupi terhadap vaksinasi Covid-19 atau individu yang tidak disyorkan vaksinasi Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Menurut Dr Noor Hisham keputusan kelulusan tersebut dibuat pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-372 yang bersidang hari ini.

Beliau berkata penggunaan Evusheld adalah berdasarkan garis panduan klinikal yang dikeluarkan KKM dan produk itu bukan untuk digunakan sebagai pengganti vaksinasi Covid-19 serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masih perlu dilaksanakan.

Katanya kelulusan pendaftaran bersyarat itu memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk itu dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Ia dibuat berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa bagi memastikan perbandingan manfaat risiko (benefit-over-risk) bagi produk tersebut kekal positif. – Bernama

Berita berkaitan
Najib diberi pelepasan terima rawatan di HKL, kata Saifuddin
March 22, 2023· Isu semasa
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Pengenalan cukai vape antara tumpuan dalam pembentangan Bajet 2023
February 22, 2023· Isu semasa
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
March 26, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
8 minit lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
1 jam lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
2 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
2 jam lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok