KKM kesan lagi 172 kes VOC sejak 25 Dis hingga hari ini

January 2, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 172 kes jangkitan membabitkan varian membimbangkan (VOC) dikesan lagi Kementerian Kesihatan (KKM) sejak 25 Disember lalu hingga hari ini.

Menurut KKM, daripada jumlah itu, 170 kes membabitkan varian Delta, manakala dua kes varian Omicron.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jangkitan VOC itu ditemui hasil analisis dan penjujukan dijalankan di empat makmal kajian.

Ujarnya, sebanyak 107 kes baharu dengan kesemuanya varian Delta di kesan di makmal The Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC).

Makmal Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) pula mengenal pasti 40 kes baharu yang kesemuanya adalah varian Delta, manakala makmal Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Molecular Biology Institute (UMBI) mengenal pasti 23 kes baharu yang kesemuanya adalah varian Delta.

Katanya, dua kes Omicron dikesan makmal di Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS).

“Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian mendapat perhatian (VOI) adalah sebanyak 5,480 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan itu, sebanyak 5,460 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, setakat tengah hari tadi, KKM sudah mengesan 5,151 kes varian Delta, 233 kes varian Beta, 14 kes varian Alpha, dan 64 kes varian Omicron bagi kes VOC manakala bagi kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta.

Beliau berkata, daripada bilangan kes jangkitan membabitkan varian Delta antara 25 Disember hingga hari ini, sebanyak 60 kes dikesan di Kelantan, Perak (41), Pulau Pinang (34), Johor (13), Negeri Sembilan (enam), masing-masing lima di Pahang dan Melaka serta masing-masing tiga di Terengganu dan Kedah dan dua kes di Sarawak membabitkan jangkitan Omicron.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Bertindak luar kawalan padah kesihatan mental terjejas
August 2, 2022· Isu semasa
MP digesa sokong RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok
August 1, 2022· Isu semasa
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan
57 minit lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
1 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
2 jam lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok