KKM kesan dua sub-varian Omicron lebih pantas berjangkit

June 10, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua kes sub-varian Covid-19 Omicron iaitu BA.5 dan satu BA.2.12.1, yang mencetuskan kebimbangan pakar kesihatan di Amerika Syarikat (AS).

Dua sub-varian baharu Omicron itu sedang merebak ke seluruh AS, membuatkan pakar bimbang tentang kebolehjangkitannya di tengah-tengah pandemik Covid-19 di AS.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kedua-duanya telah dikategorikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai VOC-LUM atau varian di bawah perhatian.

“Setakat ini, faktor risiko kekal sama,” katanya.

Kedua-dua varian telah dilaporan sebagai versi untuk lebih mudah berjangkit berbanding virus asal SARS-CoV-2.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) mengklasifikasikan sub-varian itu sebagai varian yang membimbangkan (VOC), sekali gus menunjukkan impak yang signifikan terhadap kebolehjangkitan, keterukan dan/atau imuniti.

Sementara itu, memetik Bernama, Khairy dalam video yang dimuat naik dalam Twitter WHO hari ini berkata Malaysia telah memastikan perancangan yang disediakan Kementerian Kesihatan bagi orang ramai memutuskan untuk sama ada mereka divaksin atau tidak (untuk Covid-19), adalah semudah mungkin.

“Kementerian Kesihatan tahu bahawa akan ada keraguan (dalam mendapatkan vaksin Covid-19). Permudahkan (vaksinasi) untuk mereka (rakyat Malaysia), buat ia boleh difahami, terjemahkannya kepada seberapa banyak dialek yang mungkin, dapatkan petugas kesihatan pergi ke komuniti yang terpinggir jauh di pedalaman untuk membawa vaksin kepada mereka,” katanya.

Khairy berkata perkara itu bukan sahaja mengenai berkomunikasi tetapi ia berkaitan untuk membuat orang ramai mengubah tingkah laku mereka, menyesuaikan tingkah laku mereka lebih daripada Covid-19, sains tingkah laku sebenarnya adalah barisan pertahanan pertama untuk penjagaan kesihatan awam.

“Jika anda boleh membuat orang berkelakuan berbeza untuk mempunyai tabiat menjaga kesihatan, untuk pergi mendapatkan vaksinasi mereka, maka ini akan memperkuatkan semua perkara dalam sistem penjagaan kesihatan,” katanya.

Khairy menjawab soalan mengenai bagaimana Malaysia menggunakan sains tingkah laku dalam kempen vaksinasi Covid-19.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Satu daripada 9 wanita hidap kanser
June 21, 2022· Isu semasa
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
4 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
4 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok