KKM kesan 1,544 kes Covid-19 semalam, dua kematian di Selangor

May 24, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 1,544 kes baharu Covid-19 seluruh negara semalam.

Sementara itu, dua kes kematian baharu akibat Covid-19 juga dilaporkan semalam, kedua-dua direkodkan di Selangor.

Kes harian tersebut menjadikan jumlah terkumpul kes Covid-19 kini meningkat kepada 4,492,864 kes dengan kes aktif setakat ini adalah sebanyak 25,148 kes, meningkat 9.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Sejak wabak ini mula menular pada Mac 2020, sejumlah 35,645 kes kematian sudah dilaporkan.

Sebanyak 98 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat bulan ini. Sebagai perbandingan, sebanyak 564 kes kematian dilaporkan bulan lalu dan 2,235 kes pada Mac.

Sebanyak 1,078 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 39 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sementara bilangan kemasukan pesakit sedikit menurun sejak minggu lalu, jumlah yang dirawat di ICU dilihat tidak banyak berubah.

Selangor mencatatkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi semalam iaitu sebanyak 128 kes diikuti Johor (100) dan Sabah (49).

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok