KKM kena siasat kematian individu lengkap vaksin, kata bekas KP

September 11, 2021 · Isu semasa

Siasatan dan kajian terperinci perlu dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) melibatkan kes kematian individu yang lengkap vaksinasi Covid-19, kata bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohamed Ismail Merican.

Dr Mohamed Ismail berkata langkah itu bertujuan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian tersebut, malah KKM juga perlu meneliti dari sudut setiap jenis vaksin yang disuntik termasuk melibatkan aspek proses semasa suntikan tersebut diberikan kepada penerima.

“Saya nak tahu adakah jurusuntik itu benar-benar diberi latihan sewajarnya untuk melakukan suntikan atau vaksin itu diberikan dengan sempurna.

“Biasanya vaksin adalah sangat selamat. Dulu orang yang memberi vaksin adalah mereka yang sudah dilatih tetapi kini ramai yang boleh memberi vaksin,” katanya dipetik sebuah portal hari ini.

Terdapat beberapa pertikaian dan kes berhubung keberkesanan vaksin Covid-19 yang hangat diperkatakan ketika ini selepas terdapat laporan membabitkan kematian dalam kalangan mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

Berdasarkan data COVIDNOW, sehingga semalam, 51.08 peratus daripada 324 kes kematian adalah membabitkan mereka yang sudah mendapat dua dos vaksin dalam tempoh tujuh hari.

Data KKM semalam menunjukkan jumlah kematian COVID-19 yang tidak setara di antara individu yang menerima vaksin lengkap terutama bagi penerima vaksin Sinovac.

Secara keseluruhan, daripada 18,802 kematian yang dicatatkan dalam kumpulan set data itu, seramai 922 (4.9 peratus) individu diberi vaksin lengkap.

Penerima vaksin Sinovac menyumbang 710 daripada 922 kematian ini (77.0 peratus), walaupun penerima merangkumi 51.5 peratus orang yang lengkap divaksin pada 6 September termasuk tempoh 14 hari selepas dos kedua.

Sebagai perbandingan, penerima vaksin Pfizer menyumbang 206 kematian (22.3 peratus).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok