KKM keluar senarai 58 kit kendiri diberi kelulusan bersyarat

Sebanyak 58 kit ujian kendiri Covid-19 yang sudah diberikan kelulusan bersyarat Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Dalam pengumuman oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kit ujian kendiri diluluskan itu dijual di farmasi komuniti, fasiliti kesihatan dan premis yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sahaja.

“Orang awam dinasihatkan supaya membeli kit ujian di fasiliti berkenaan sahaja,” katanya dalam ciapan di akaun Twitternya, hari ini.

Orang ramai boleh merujuk senarai lengkap mengenai kit ujian itu di portal rasmi MDA di https://portal.mda.gov.my atau laman Facebook dan Instagram MDA.

Setakat ini, kit ujian kendiri Covid-19 difahamkan turut diimport dari China dan Korea, selain diperoleh dari pengeluar tempatan.

Sebanyak 2,570 premis perniagaan berdaftar dibawah KPDNHEP, kategori pasar raya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak juga sudah diberi kelulusan untuk menjual kit ujian kendiri jenis RTK Antigen.

BERITA BERKAIT
POPULAR