KKM jangka jumlah kes, kluster musim perayaan bakal bertambah

May 29, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan jumlah kes dan bilangan kluster musim perayaan akan bertambah dengan membabitkan lebih banyak negeri serta daerah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata walaupun kerajaan melarang ziarah raya dan penganjuran majlis perayaan, masih ramai yang tidak mempedulikannya menyebabkan tercetusnya kluster baharu Covid-19 sehingga ada yang membawa maut.

Katanya, sejak 13 Mei hingga 28 Mei lalu sebanyak 26 kluster yang berpunca daripada sambutan perayaan Aidilfitri telah dilaporkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) KKM.

“Untuk makluman, seramai 4,047 individu telah disaring yang mana sebanyak 1,019 kes telah dikenalpasti positif dalam kluster-kluster ini, iaitu kadar positiviti 25.1 peratus.

“Daripada jumlah 1,019 kes tersebut, dua kematian telah dilaporkan sehingga kini dan satu kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, negeri yang mencatatkan bilangan sub-kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Aidilfitri tertinggi adalah Sabah dengan tujuh kluster (26.9 peratus), Kelantan lima kluster (19.2 peratus) serta Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing dua kluster (7.7 peratus).

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham mengingatkan orang ramai bahawa larangan merentas daerah dan negeri dan kunjung mengunjung menyambut perayaan, masih berkuat kuasa

Beliau berkata, peningkatan sub-kluster perayaan hari raya perlu dijadikan sebagai pengajaran agar ianya tidak terus bertambah.

“Aktiviti merentas daerah, negeri, kunjung-mengunjung atau perhimpunan sewaktu perayaan tidak sepatutnya berlaku sama sekali dengan pelaksanaan total lockdown bermula pada 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata kluster rentas negeri adalah termasuk yang berpunca daripada kes indeks yang pulang untuk sambutan Aidilfitri, menziarahi keluarga, menghadiri majlis perkahwinan, majlis hari jadi, majlis pengebumian atau kursus di negeri lain serta menjalankan aktiviti ceramah bebas merentas negeri.

Katanya, sejak 1 April sehingga 28 Mei lalu sahaja, sebanyak 20 kluster rentas negeri yang terdiri daripada 1,420 kes telah dilaporkan.

“Daripada jumlah itu, negeri-negeri yang melaporkan jumlah kluster tertinggi adalah Melaka dengan lapan kluster (40 peratus), Terengganu tiga kluster (15 peratus) serta Kelantan, Perak dan Pahang dengan masing-masing dua kluster (10 peratus).

“Sekarang adalah waktu untuk kita semua bertindak bersama-sama menurunkan jumlah kes dan kematian harian,” katanya.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok