KJ tolak tuduhan Anwar AGC tak lulus pembelian vaksin Covid-19

February 8, 2023 · Isu semasa

Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menolak tuduhan bahawa perolehan vaksin Covid-19 tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Khairy berkata semua pembelian yang dibuat oleh kerajaan semasa pentadbiran Perikatan Nasional (PN) ketika itu dibawa ke Kabinet.

“Oleh itu, AGC akan mengambil tahu dan memberikan komen mereka.

“Perolehan ditandatangani oleh KKM (Kementerian Kesihatan),” katanya dalam jawapan teks ringkas memetik laporan NST hari ini (8 Februari).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada penyelewengan yang ditemukan dalam perolehan vaksin Covid-19.

Ianya dikatakan akan menjadi antara isu yang akan dimasukkan ke dalam kertas putih yang akan dibentangkan oleh Menteri Kesihatan kerajaan PH-BN, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang Parlimen yang akan datang.

Anwar sebelum ini mendakwa perolehan vaksin itu antara lain tidak mendapat kelulusan AGC.

Khairy ialah menteri penyelaras vaksin ketika perolehan itu dibuat, manakala Datuk Seri Dr Adham Baba merupakan Menteri Kesihatan ketika itu.

Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat perolehan vaksin Covid-19 pada 2021, dengan memanggil Khairy, Adham serta Menteri Kewangan ketika itu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menjawab pertanyaan.

PAC dalam laporannya berkata, Putrajaya membayar harga premium kepada pengeluar vaksin, Sinovac Biotech Ltd untuk dos tertentu bagi mengimbangi kelewatan susulan proses “fill and finish” (pengilangan produk pukal kepada produk siap) Pharmaniaga.

Pelan kerajaan menggunakan gabungan vaksin dalam botol yang dibeli terus daripada Sinovac serta vaksin dihantar sebagai bahan mentah kepada Pharmaniaga dan dibotolkan dalam negara.

PAC mendapati Putrajaya membayar 16.78 peratus hingga 18.12 peratus lebih tinggi daripada harga asal dipersetujui untuk 2.4 juta dos yang dihantar pada Mei dan Julai 2021 bagi mengimbangi kelewatan.

Bagaimanapun, dalam laporan PAC itu, Khairy berkata, Jemaah Menteri bersetuju membayar harga premium bagi mempercepatkan penghantaran vaksin.

Berita berkaitan
Cadangan PMX cagar KWSP membimbangkan kesatuan bank, faedah mungkin tinggi
March 10, 2023· Isu semasa
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023· Isu semasa
PMX mahu LHDN siasat individu ‘maha kaya’ dan syarikat elak bayar cukai
March 7, 2023· Isu semasa
Belanjawan 2023 tidak sentuh masalah sebenar rakyat, kata Muhyiddin
March 6, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
March 23, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
3 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
3 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
20 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok