KJ suruh Anwar lebih peka perkembangan imunisasi PICK

April 21, 2021 · Isu semasa

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menyindir ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal mengikuti perkembangan mengenai imunisasi Covid-19 di negara sendiri.

Beliau mengingatkan Anwar bahawa kontrak pembelian vaksin telah dibentangkan sepenuhnya, termasuk jadual penghantaran dan harga yang dibayar kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 5 Januari 2021.

Katanya, antara ahli PAC yang hadir dan memperhalusi kontrak perolehan vaksin pada hari tersebut adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga anak Anwar, Nurul Izzah.

“Saya juga telah mengadakan sesi libat urus bersama Ahli-ahli Dewan Rakyat daripada pembangkang pada 19 Mac 2021 yang mana saya telah bentangkan secara panjang lebar pelaksanaan PICK termasuk menjawab pelbagai soalan secara terperinci.

“Ketua Pembangkang tidak hadir pada sesi tersebut. Harapan saya, YB Ketua Pembangkang akan terus mengikuti pelaksaan PICK dan memberi kritikan bernas untuk saya menjawab,” kata dalam kenyataan hari ini.

Kairy yang juga Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi berkata, PICK sedang dilaksanakan mengikut fasa yang telah diumumkan sejak 14 Februari 2021 dengan mengambil kira jadual penghantaran vaksin yang diberi oleh syarikat pembekal.

“Saya juga telah jelaskan bahawa mengikut unjuran kerajaan, bekalan vaksin kita akan mula ampuh bermula bulan Jun. Ini juga mengikut perancangan PICK yang mana vaksinasi massa fasa tiga dijadualkan bermula pada bulan Jun,” katanya.

Mengenai rancangan Selangor untuk membeli sendiri vaksin, Khairy berkata, pihaknya belum menerima permohonan rasmi daripada kerajaan negeri.

Berita berkaitan
Sedarlah diri Anwar tiada sokongan majoriti nak jadi PM: Annuar
10 minit lalu· Politik
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Khairy tarik balik rayuan saman fitnah Anwar
June 21, 2022· Politik
Popular
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
2 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
2 jam lalu · Isu semasa
Isu harga barang, PM bidas pembangkang fitnah kata kerajaan tak peduli
2 jam lalu · Isu semasa
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok