KJ pesan terus kawal diri menjelang peralihan ke fasa endemik esok

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengingatkan orang ramai supaya tidak lalai, sebaliknya terus mengamalkan protokol kesihatan dan langkah kawalan kendiri, menjelang fasa peralihan endemik esok.

Menurutnya dalam fasa peralihatn itu orang ramai masih perlu memakai pelitup muka serta mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek – Uji, Lapor, Asing, Maklum, Dapatkan Rawatan) untuk mencegah dan mengawal penularan Covid-19.

Beliau berkata bagi memastikan mereka dan anak-anak dilindungi, pengambilan vaksin Covid-19 adalah digalakkan.

“Esok kita masuk fasa peralihan ke endemik. Gelombang Omicron terkawal. Angka Rt negara 0.88. Sistem kesihatan awam cukup kapasiti. But let’s not let our guard down (Tapi jangan biarkan kawalan kita lemah,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob awal bulan ini mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik serta pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April 2022.

Sementara itu, menyahut seruan Perdana Menteri supaya Bahasa Melayu digunakan dalam setiap urusan rasmi negara Khairy hari ini, memberi ucapan dalam Bahasa Kebangsaan pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan China berkaitan perubatan tradisional.

Majlis atas talian diadakan di dewan Kementerian Kesihatan (KKM) turut disertai Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing. Ucapan beliau diselang seli dengan terjemahan dalam bahasa Cina.

Menurutnya, KKM komited membangunkan bidang perubatan tradisional dan komplimentari dengan visi untuk mengintegrasikannya dengan bidang perubatan moden sebagai satu usaha meningkatkan bidang kesihatan dan kualiti hidup semua rakyat Malaysia.

BERITA BERKAIT
POPULAR