KJ arah KKM kompaun Hishammuddin, Hasni, Vigneswaran

February 13, 2022 · Isu semasa

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengarahkan pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) supaya mengeluarkan kompaun kepada Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Turut diarah dikenakan kompaun ialah Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran.

Kompaun itu dikeluarkan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana berkumpul.

Ketiga-tiga pemimpin Barisan Nasional (BN) itu dikenakan kompaun kerana melanggar SOP ketika majlis pelancaran Briged MIC Johor di EduCity Kota Iskandar, Johor hari ini.

“Saya mengarahkan pegawai @KKMPutrajaya (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk keluarkan kompaun kepada DS Hishammuddin, DS Hasni, TS Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir dan penganjur di bawah Akta 342.

“@KKMPutrajaya akan terus pantau SOP sempena PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor,” katanya menerusi akaun rasmi Twitternya.

Sebelum ini, Khairy mengesahkan PRN Johor boleh diteruskan walaupun Malaysia kini berada dalam gelombang Omicron, dengan bilangan kes positif menunjukkan lonjakan.

Khairy berkata, ia berikutan pesakit Covid-19 yang dijangkiti varian Omicron tidak menunjukkan kesan teruk berbanding varian Delta.

“Saya dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah muktamadkan syor prosedur operasi standard (SOP) dan syor itu sudah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), seterusnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pendirian KKM adalah, memandangkan Omicron setakat ini tidak menunjukkan kesan yang teruk seperti Delta dan semua data menunjukkan kesannya tidak seteruk Delta, maka PRN boleh diteruskan tetapi dengan SOP yang akan diumumkan kelak, yang dimuktamadkan drafnya, pagi tadi,” katanya.

Berita berkaitan
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
2 jam lalu· Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
6 jam lalu· Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
8 jam lalu· Politik
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
8 jam lalu· Politik
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
14 minit lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
7 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
7 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok