Kita kena tambah RM7.7b bayar bon 1MDB tapi PM, UMNO hanya diam

September 17, 2022 · Isu semasa

Malaysia mungkin perlu menambah RM7.7 bilion lagi untuk membayar balik modal pokok AS$6.5 bilion (RM29.5 bilion) bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berikutan kejatuhan berterusan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa satu reformasi menstruktur semula ekonomi segera dilakukan bagi mengelak mata wang negara terus menjunam.

“Ringgit jatuh ke paras terendah di dalam tempoh 24 tahun RM4.54 berbanding dolar AS semalam. Bagaimanapun, ringgit juga baru-baru ini merosot ke paras terendah dalam sejarah iaitu RM3.26 berbanding dolar Singapura manakala rupiah Indonesia mengukuh lebih daripada 4 peratus tahun ini berbanding ringgit.

“Sama ada penyusutan nilai ringgit berbanding tiga daripada rakan dagangan utama kita ini dilihat oleh kerajaan sebagai krisis atau tidak, kerajaan mesti menerima pakai reformasi struktur ekonomi dengan segera untuk mengawal penurunan begitu cepat ringgit.

“Jika tidak, kesan buruk inflasi akan berlaku terhadap perniagaan, kos sara hidup rakyat dan hutang kerajaan kita dalam dolar AS. Mari kita lihat berapa banyak tambahan yang perlu dibayar oleh kerajaan bagi hutang dolar AS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, 1MDB yang disifatkan sebagai skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia berlaku ketika Malaysia ditadbir Barisan Nasional dan UMNO, di mana beberapa pemimpin tertinggi parti itu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, turut terlibat.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata kerajaan perlu membayar tambahan RM7.7 bilion untuk membayar balik prinsipal tiga bahagian bon dolar AS berjumlah AS$6.5 bilion yang telah diaturkan oleh Goldman Sachs untuk 1MDB.

Guan Eng berkata bon AS$6.5 bilion dolar yang diterbitkan pada 2012 (AS$1.75 bilion pada 5.75 peratus setahun dan AS$1.75 bilion pada 5.99 peratus setahun) dan pada 2013 (AS$3 bilion pada 4.4 peratus setahun), akan matang pada 2022 dan 2023 apabila kekuatan dolar AS berada pada tahap tertinggi dalam 24 tahun.

“Pada RM3.35 berbanding dolar AS apabila tiga bon 1MDB AS$ diterbitkan, jumlah prinsipal AS$6.5 bilion akan mencecah kira-kira RM21.8 bilion.

“Pada kadar pertukaran semasa RM4.54 kepada dolar AS, jumlah prinsipal yang perlu dibayar untuk AS$6.5 bilion akan menjadi lebih tinggi pada RM29.5 bilion, atau RM7.7 bilion lebih tinggi.

“Faedah terkumpul sepatutnya berjumlah lebih RM1 bilion setahun dan RM10.5 bilion dalam sedekad yang lalu. Ringgit yang lebih lemah tahun ini bermakna kos faedah tahunan adalah sekitar RM1.5 bilion dan bukannya RM1 bilion,” katanya.

Guan Eng berkata secara ringkasnya ringgit yang lebih lemah akan menyebabkan Kerajaan Persekutuan dan rakyat Malaysia perlu mengeluarkan tambahan RM7.7 bilion ringgit hanya untuk membayar balik prinsipal bon 1MDB bernilai AS$ 6.5 bilion.

“Mengapa pemimpin UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memilih untuk berdiam diri mengenai kerugian berbilion ringgit yang besar ini akibat penyusutan nilai ringgit?,” soal Guan Eng.

Berita berkaitan
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
8 jam lalu· Politik
Buat PRU-15 itu pendirian UMNO, Menteri PN mahu utamakan rakyat dahulu
13 jam lalu· Politik
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
14 jam lalu· Politik
Sekarang pun sudah ada tempat yang banjir, kata MetMalaysia
14 jam lalu· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
8 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
8 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
9 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
10 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
10 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok