Kita bantu warga menderita, bukan iktiraf kerajaan Afghanistan: Saifuddin

February 22, 2022 · Isu semasa

Misi kemanusiaan ke Kabul, Afghanistan bukan untuk mengiktiraf kerajaan di sana tetapi hanya untuk memastikan rakyat di negara itu dibantu, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

“Kita memantau perkembangannya dengan rapat, ada parameter ditetapkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan juga Kerajaan Malaysia sebelum kita mengiktiraf kerajaan Afghanistan.

“Tetapi sementara kerajaan itu belum diiktiraf, rakyatnya menderita dan perlu dibantu, itulah yang sedang kita lakukan,” katanya menurut laporan Bernama.

Saifuddin mengadakan sidang media misi bantuan kemanusiaan Malaysia untuk Afghanistan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) hari ini.

Misi yang berlepas hari ini terdiri daripada 12 anggota delegasi termasuk media itu akan berhenti di Hyderabad dan Islamabad bagi tujuan pengisian minyak serta logistik dan dijangka memasuki Kabul pada 23 Feb dan akan keluar setelah bantuan selesai disampaikan.

Misi bantuan kemanusiaan itu melibatkan sumbangan seberat lima tan meliputi pakaian musim sejuk, jaket, selimut dan susu tepung dan keperluan asas lain akan dihantar kepada rakyat dan kanak-kanak Afghanistan yang memerlukan, bernilai lebih RM1 juta selain bantuan berbentuk kepakaran dalam membantu membina dan membangun semula negara itu.

Sebelum ini, Afghanistan berada dalam keadaan bergolak apabila tentera Taliban menumbangkan kerajaan Mohammad Ashraf Gani pada pertengahan Ogos lepas susulan pengunduran tentera Amerika Syarikat dari negara itu selepas 20 tahun mendudukinya.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
8 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
8 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok