Kita ada Pelan B jika Thailand gagal hantar AstraZeneca, kata Khairy

Jabatan Kesihatan Kelantan merancang menjalankan program vaksinasi dari rumah ke rumah mulai September depan.

Malaysia mempunyai pelan kontigensi sekiranya Thailand berhenti mengeksport vaksin Covid-19 AstraZeneca yang dikilangkan di negara itu, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

Katanya kerajaan akan mengadakan perbincangan dua hala dengan Thailand supaya negara itu dapat terus menghantar jumlah bekalan vaksin yang diperlukan kepada Malaysia.

“Kerajaan sedang memantau perkembangan yang terjadi di Thailand, di mana berita terbaru mengatakan bahawa ada pendapat untuk menghentikan eksport.

“”Oleh itu, kerajaan akan membincangkan perkara ini secara dua hala dengan Thailand, yang merupakan jiran baik kita, agar bekalan ke Malaysia dari kilang AstraZeneca di Thailand tidak terganggu,” katanya pada sidang media dalam talian hari ini.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memberi jaminan kerajaan mempunyai pelan B jika perbincangan dua hala itu gagal.

“Kerajaan ada Pelan B iaitu untuk meningkatkan pembelian vaksin dari Sinovac. Jadi Pharmaniaga tahu sekiranya ada pelan kontigensi,” katanya.

Beliau juga menyatakan kerajaan juga hari ini sudah meluluskan penggunaan dua vaksin Covid-19 yang baharu iaitu Sinopharm keluaran China dan Janssen keluaran Johnson & Johnson.

POPULAR