Kit ujian Covid-19 akan dijual di pasar raya

October 14, 2021 · Isu semasa

Kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian kendiri) boleh dibeli di pasar raya dan kedai rantaian bermula pada bulan ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang berkata Kementerian Kesihatan (KKM) kini berada di peringkat akhir perbincangan berhubung perkara tersebut, ketika ini penjualan hanya dijalankan di semua farmasi komuniti berdaftar atau premis fasiliti kesihatan.

“Perluasan penjualannya di pasar raya dan kedai rantaian terpilih buat permulaan ini akan membolehkan orang ramai mendapatkan kit tersebut dengan lebih mudah,” kata Nanta lapor Bernama.

Beliau terdahulu merasmikan Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2021 (FIM 2021) secara maya hari ini.

Nanta dalam pada itu berkata kerajaan juga akan memastikan paras harga siling borong dan runcit baharu bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian kendiri) tidak akan memberi kesan kepada pemain industri.

“Sesi perbincangan masih diadakan sehingga satu tahap semua pihak bersetuju terhadap harga runcit dan borong maksimum bagi kit ujian pantas antigen Covid-19.

“Kementerian mahu harga baharu yang akan ditetapkan adalah yang terbaik kepada pengguna dan ia tidak akan memberi kesan kepada perniagaan,” katanya.

Berkuat kuasa 5 Sept, harga runcit maksimum bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian kendiri) ditetapkan pada RM19.90 bagi setiap set manakala harga borong ditetapkan RM16 satu set.

Pada 8 Okt lepas, Nanta dilaporkan berkata kerajaan akan menetapkan paras harga siling borong dan runcit baharu bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) pada November.

Nanta berkata KPDNHEP mengambil maklum terdapat kira-kira sembilan juta kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian kendiri) yang berada dalam pasaran ketika ini.

“Pihak industri terlibat dalam membawa masuk dan mengeluarkan kit ini telah memberikan maklum balas positif supaya kit tersebut dijual pada harga yang lebih rendah daripada harga runcit maksimum ketika ini,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok