Kira-kira 3.78 juta kenderaan belum perbaharui cukai jalan, lapor JPJ

November 27, 2021 · Isu semasa

Lebih 3.78 juta kenderaan di seluruh negara didapati belum memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) hingga 16 November lalu, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pemilik kenderaan supaya memperbaharui LKM selewat-lewatnya 31 Disember ini, manakala kaunter JPJ akan dibuka pada hujung minggu.

“Pengguna boleh datang ke mana-mana kaunter cawangan JPJ, senarai waktu boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi JPJ,” katanya kepada pemberita selepas operasi bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi tengah malam tadi.

Menurutnya, cukai jalan juga boleh diperbaharui secara dalam talian.

“Buat masa sekarang, kami beri peluang untuk mereka perbaharui LKM dan selepas 31 Disember tiada lagi arahan daripada kerajaan untuk menyambung moratorium dan sebagainya.

“JPJ memang menjangkakan berlaku serbuan pada saat-saat akhir kerana situasi itu adalah perkara biasa yang berlaku setiap kali tarikh akhir sudah semakin dekat.

“Serbuan luar jangka oleh orang awam itu nanti bukan sahaja akan berlaku di pejabat JPJ malah ia juga berlaku di pejabat pos,” katanya.

Pada September lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dilaporkan berkata tempoh moratorium lanjutan pembaharuan LKM dilanjutkan hingga 31 Disember ini dan pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans sah serta menunjukkan sijil perlindungan insurans bagi tujuan pemeriksaan.

Mengenai operasi bersepadu itu, Aedy Fadly berkata pihaknya memeriksa 3,210 kenderaan dan mengeluarkan 596 notis atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 115 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tujuan operasi bersepadu diadakan adalah untuk mendidik dan menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta peraturan di bawah bidang kuasa agensi penguat kuasa,” katanya.

Berita berkaitan
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023· Isu semasa
Ujian teori lesen memandu vokasional PSV, GDL mansuh
April 10, 2023· Isu semasa
‘Kami mahu telur ayam, turun harga barang, bukan cukai jalan digital’
February 11, 2023· Isu semasa
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok