Kibarkan Jalur Gemilang tanda solidariti melawan Covid-19: PM

August 7, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru seluruh rakyat Malaysia menterjemahkan solidariti dalam melawan pandemik Covid-19 dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Melancarkan program Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 disiarkan di RTM hari ini, beliau berharap orang ramai menyahut seruan itu dengan penuh rasa bangga, tertib serta rasa hormat, dan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman mahupun kenderaan masing-masing.

“Jalur Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme dalam hati setiap rakyat Malaysia, yang mencetuskan solidariti dalam mendepani apa jua cabaran yang mendatang.

“Marilah kita bersama-sama melakukannya demi menzahirkan rasa cinta terhadap negara, diiringi doa dan harapan agar negara akan segera pulih dari wabak Covid-19, dan kita dapat kembali kehidupan normal dan mengecapi kemakmuran bersama,” katanya.

Terengganu merupakan tuan rumah pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang tahun ini, namun disebabkan negara kini berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi mengawal penularan Covid-19, tiada acara sambutan secara fizikal diadakan.

Perdana Menteri berkata tema sambutan tahun ini kekal seperti tahun lepas iaitu Malaysia Prihatin, seiring dengan iltizam dan aspirasi berterusan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menyemai rasa cinta kepada negara, selain menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat ketika negara masih memerangi pandemik Covid-19.

“Saya yakin bahawa saudara dan saudari mempunyai semangat cintakan negara yang tinggi, dan dapat mengambil iktibar serta aspirasi daripada kepentingan meraikan bulan bersejarah ini, yang menyaksikan negara kita mencapai kemerdekaan,” katanya.

Beliau berkata melalui semangat cintakan negara yang sentiasa diperteguhkan, rakyat negara ini akan dapat mengekalkan kehidupan yang harmoni, saling mengasihi dan bersatu hati meskipun berlainan kaum, agama dan latar belakang.

Perdana Menteri berkata semangat juang tinggi pemimpin dan nenek moyang dalam menuntut kemerdekaan negara perlu dijadikan iktibar dan memberi inspirasi kepada rakyat negara ini yang sedang berperang dengan musuh yang sukar dilihat dan lebih berbahaya seperti Covid-19.

“Saya berdoa agar saudara dan saudari akan terus cekal dan dikurniakan kekuatan dalam usaha kita untuk menamatkan wabak Covid-19 ini,” katanya.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Kritik lawatan PM ke Arab Saudi, aktivis disiasat SKMM
May 18, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok