Khidmat guru kontrak tamat 9 Jun disambung: Menteri Pendidikan

May 28, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bersetuju melanjutkan tempoh perkhidmatan guru kontrak perkhidmatan (COS) ambilan Jun 2020 yang tamat kontrak pada 9 Jun ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Katanya, pelanjutan tempoh perkhidmatan berkenaan bertujuan membolehkan proses berkaitan pelantikan mereka sebagai guru di bawah bidang kuasa SPP dapat dilaksanakan.

“Guru COS 2020 yang akan tamat pada Jun ini, jangan risau.

“Kita dapat maklum balas daripada SPP semalam bahawa tempohnya akan dilanjutkan bagi membolehkan segala proses dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya dalam kenyataan pada sidang media selepas majlis pecah tanah Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8(3) di Putrajaya, hari ini.

Pada 5 Mei lalu, Radzi dilaporkan berkata nasib 2,600 guru COS ambilan Jun 2020 bakal terbela apabila kontrak mereka dijangka disambung selama dua tahun.

Dalam pada itu, Radzi berkata keputusan temu duga guru COS bagi pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 secara one-off tahun 2021 telah diumumkan oleh SPP semalam.

Calon boleh menyemak keputusan temu duga melalui portal SPP di pautan www.spp.gov.my manakala urusan penempatan calon yang berjaya akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Sementara itu Bernama melaporkan, Radzi berkata projek sekolah kebangsaan itu yang menelan kos hampir RM38 juta dengan kapasiti 36 bilik darjah itu, dijangka siap pada November 2023 dan mula beroperasi pada Januari 2024.

“Pada masa ini, murid SK Putrajaya Presint 8(3) menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya 11(2) sejak 2020, melibatkan 439 murid di 18 bilik darjah.

“Ia (pembinaan sekolah baharu) merupakan sebahagian daripada usaha KPM dalam memastikan kawasan yang penduduknya meningkat setiap tahun secara konsisten, diberi satu keutamaan dalam konteks pembinaan sekolah baharu mengikut keperluan,” katanya.

Beliau berkata pembinaan sekolah tersebut juga akan mewujudkan penempatan untuk seramai 96 guru dan 13 kakitangan pentadbiran.

Sehingga kini terdapat 16 sekolah rendah dan 11 sekolah menengah di Putrajaya.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Popular
5,753 orang pengundi meninggal dunia masih belum dipotong nama
September 29, 2021
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok