Khazanah sukar buat pelaburan tahun ini kerana dolar AS kukuh

September 21, 2022 · Isu semasa

Pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding mata wang lain telah menyukarkan pengurus dana seperti Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) untuk membuat pelaburan tahun ini.

Pengarah Urusan Khazanah Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata perkara utama yang memberi kesan kepada prestasi portfolio dana kekayaan negara ialah penilaian global dan bagaimana dolar AS mempengaruhi mata wang dunia.

“Nilai global dan pengaruh kadar pertukaran dolar AS ke atas mata wang di seluruh dunia cenderung memberi kesan kepada prestasi.

“Tidak dapat tidak, mana-mana pengurus dana di luar sana akan terjejas apabila kita melihat kenaikan kadar berlaku dan kesannya ke atas pelbagai ekonomi.

“Ia bukan tahun yang mudah untuk melabur,” katanya pada sesi bersama MIDF Conversations di Kuala Lumpur, hari ini (21 September 2022), seperti dilapor NST.

Beliau menyatakan bahawa untuk memahami keadaan ekonomi semasa Malaysia, adalah penting untuk mengetahui bahawa setiap negara yang baharu keluar daripada wabak Covid-19 menyaksikan sejumlah besar wang dilaburkan untuk mengurangkan risiko.

Beliau berkata, secara semula jadi, beberapa tekanan akan dikenakan ke atas ekonomi apabila aktiviti disambung semula selepas penutupan atau lockdown.

“Kami melihat inflasi yang diterajui oleh kos. Tetapi ia adalah unik di AS kerana ia masih kebanyakannya inflasi yang didorong oleh permintaan.

“Jadi mereka tiada pilihan selain menaikkan kadar secepat mungkin, dan implikasinya agak berbeza untuk negara berbeza

“Ini adalah kerana setiap negara berada dalam keadaan berbeza kerana mereka melabur secara berbeza berdasarkan ekonomi mereka, termasuk negara kita.

“Dan kerana itu, anda putus hubungan antara apa yang AS lakukan dan apa yang dilakukan oleh seluruh dunia, dan anda mempunyai peralihan dalam mata wang ini,” katanya.

Beliau berkata trajektori pertumbuhan Malaysia adalah baik, yang membantu menekan inflasi.

“Dengan adanya itu, apabila anda melihat pada kadar, kita mampu untuk tidak menaikkan kadar begitu pantas, dan di situlah mata wang mendapat kesan,” tambahnya.

Beliau berkata penyelesaian jangka panjang itu akan berdasarkan perkara penting dari segi struktur untuk Malaysia, termasuk pertumbuhan mampan dan memastikan syarikat kekal produktif.

“Dan kemudian, diharapkan, modal akan menyusul untuk kita menikmati pertumbuhan yang mampan itu,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar selepas kejatuhan semalam
September 30, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
September 29, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi berbanding dolar AS, menghampiri RM4.70
September 28, 2022· Isu semasa
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Najib dapat keistimewaan kerana MOU Anwar dan DAP dengan kerajaan
November 19, 2021
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
12 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
18 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
18 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
21 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok