Khalid bekas MB Selangor meninggal malam tadi

August 1, 2022 · Isu semasa

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia pada 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.

Hantaran di laman Facebooknya memaklumkan Allahyarham Abdul Khalid, 76, telah dimasukkan ke hospital sejak 23 April lepas akibat jangkitan pada injap jantung.

Menurut hantaran tersebut, jenazah Menteri Besar ke-14 Selangor itu akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab di Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

“Selepas itu, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5 di sini bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah,” menurut hantaran itu.

Atas titah dan limpah kurnia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, jenazah Allahyarham akan disemadikan di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 di sini.

Allahyarham, yang merupakan anak jati Jeram, Kuala Selangor, meninggalkan seorang isteri iaitu Puan Sri Salbiah Tunut, empat anak dan dua cucu. – Bernama

Berita berkaitan
MB Selangor minta maaf jika DUN terbubar sebelum sidang tahun depan
August 2, 2022· Politik
Asyraf bangga dapat duduk sebelah Zafrul semasa majlis BN Selangor
August 1, 2022· Politik
Muhyiddin rakam ucapan takziah kepada keluarga Khalid
August 1, 2022· Isu semasa
Sedia lepas jawatan Bendahari BN Selangor kepada Zafrul, kata Jamal
July 18, 2022· Politik
Popular
Permohonan Najib ‘cacat, pentingkan diri sendiri’, kata pendakwaan
August 15, 2022
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
August 15, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Tak adil dakwa laporan LCS fitnah hanya kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kejatuhan harga minyak, kadar faedah China jejas nilai ringgit
55 minit lalu · Isu semasa
Dewan Negara lulus empat RUU
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
2 jam lalu · Isu semasa
KKM mohon lebih banyak dana penjagaan kesihatan awam
3 jam lalu · Isu semasa
Skandal kapal tak siap: Bekas pegawai tinggi BNS didakwa esok
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
8 jam lalu
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok