Khairy tak setuju PRU-15 segera, kena tunggu keadaan kesihatan stabil

March 18, 2022 · Isu semasa

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak boleh lagi diadakan dalam tempoh terdekat ini walaupun pemimpin UMNO seolah-olah memberi tekanan untuk membubarkan Parlimen dengan segera, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri Kesihatan itu berkata PRU-15 perlu ditangguhkan sehingga keadaan kesihatan negara benar-benar stabil daripada ancaman Covid-19, ia susulan timbul gesaan tersebut sepanjang perjalanan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang sedang berjalan ketika ini.

“Sebagai menteri kesihatan, wajar kita tunggu dulu, sehingga keadaan kesihatan awam stabil dan saya lihat semangat presiden parti,betul, walaupun dari segi akar umbi Umno mengkehendaki pilihan raya awal, tapi akhirnya dia kata serahkan kepada perdana menteri.

“Perdana menteri akan mengambil kira pandangan bukan saja dari soal pemulihan pemulihan negara, perjanjian pembangkang untuk reformasi institusi, tetapi juga saya percaya dia akan mendengar pandangan Kementerian Kesihatan berkenaan kesihatan awam kita.

“Kita akan masuk fasa peralihan endemik, tapi lebih baik kita tangguh dahulu perkara yang merumitkan ini. PRU adalah perkara yang boleh kita tangguhkan dahulu sehingga keadaan kesihatan awam lebih stabil,” katanya semasa di PWTC hari ini.

Jelas Khairy, negara memerlukan beberapa bulan lagi untuk memastikan tahap kesihatan awam mencapai kestabilan.

Beliau mahu melihat dahulu kesan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April ini, selain daripada kelonggaran prosedur operasi standard yang telah dijalankan seperti kelonggaran solat tarawih pada bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Lebih-lebih lagi, katanya, negara-negara Eropah yang telah mencatatkan penurunan telah menunjukkan lonjakan kes baru-baru ini.

“Jangkaan kita pembukaan akan dibuat dengan selamat dan tak akan ada tekanan kepada sistem kesihatan awam.

“Tapi apa yang kita nak tahu adalah dari segi varian baru. Ini masih kita pantau.

“Kes (baru) tak apa, (tapi) kemasukan ke hospital dan unit rawatan rapi (perlu dipantau). Saya nak lihat dalam beberapa bulan lagi keadaan itu stabil atau tidak,” katanya lagi.

Terdahulu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghantar isyarat kepada perwakilan UMNO supaya meneruskan desakan agar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-15 diadakan secepat mungkin.

Dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 hari ini, Zahid berkata parti bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk menentukan arah tuju sendiri.

“Apabila mood di bawah. Dalam PRK, dalam PRN ke arah pada kita. Nak tunggu apa lagi? (bubar Parlimen),” tegas Zahid.

Semasa persidangan sayap yang berlangsung semalam juga, para perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO juga menimbulkan desakan supaya PRU-15 disegerakan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Zeti beritahu saya Najib banyak duit dalam akaun: Dr M
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok