Khairy ketuai delegasi Malaysia ke Persidangan Kesihatan Sedunia

May 20, 2022 · Isu semasa

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengetuai delegasi Malaysia ke Geneva, Switzerland bagi menghadiri Persidangan Kesihatan Sedunia Sesi Ke-75 (WHA75), Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan Mesyuarat Lembaga Eksekutif Sesi Ke-151 (EB151) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang akan berlangsung pada 22 hingga 30 Mei ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan penyertaan Malaysia dalam WHA75 dan EB151 amat penting bagi memastikan kepentingan dasar kesihatan awam negara diberi pertimbangan sebaiknya oleh WHO dalam membuat sebarang keputusan, lapor Bernama.

Selain itu, Malaysia juga berpeluang untuk menyatakan pendirian dalam membangunkan sektor kesihatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Penyertaan delegasi Malaysia juga akan memberi ruang bagi konsultasi dan perbincangan lanjut bersama negara anggota yang lain demi kepentingan sektor kesihatan sejagat. Komitmen Malaysia dalam menghadiri mesyuarat ini membuktikan kerajaan konsisten dan komited dalam setiap kerjasama di peringkat antarabangsa.

“Selain menaikkan imej negara di persada global, kerjasama yang berterusan ini akan diterjemahkan sebagai usaha Malaysia dalam membangunkan sektor kesihatan secara holistik di dalam negara mahupun di Rantau Pasifik Barat,” menurut KKM.

KKM memaklumkan, Khairy yang berlepas ke Geneva malam tadi turut disertai Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan pegawai kanan KKM.

Khairy akan menyampaikan kenyataan negara mewakili Kerajaan Malaysia pada Sidang Pleno Perbincangan Umum yang akan menyentuh tema WHA75 iaitu Health for Peace, Peace for Health dan beberapa aspek kesihatan lain seperti Covid-19 and Transitioning to Endemicity serta National Healthcare System.

KKM turut memaklumkan bahawa Khairy juga dijemput sebagai pengucap di Strategic Dialogue of Behavioural Science yang diadakan sebagai acara sampingan WHA75.

“Jemputan ini juga meletakkan nama Malaysia di barisan hadapan bersama negara-negara membangun yang lain dalam aspek rawatan dan penjagaan kesihatan termasuk pendigitalan kesihatan. Ia juga merupakan platform terbaik untuk Malaysia merealisasikan hasrat menerajui dan mempromosi sains tingkah laku, teknologi dan inovasi dalam menggalakkan kehidupan lebih sihat,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Khairy juga akan memenuhi jemputan khas Presiden WEF Borge Brende ke forum ekonomi tersebut di Davos, Switzerland, pada 24 dan 25 Mei ini sebelum kembali semula ke Geneva untuk mengikuti WHA75 dan EB151.

WHA adalah badan pentadbir tertinggi WHO dan merupakan perhimpunan berkala yang dihadiri oleh menteri-menteri kesihatan, ketua-ketua pengarah kesihatan dan pakar-pakar dalam bidang kesihatan.

Ia diadakan bagi membincangkan status pelaksanaaan dasar, program, hala tuju, komitmen serta strategi baharu sektor kesihatan yang dipersetujui secara konsensus di bawah WHO.

Berita berkaitan
Eropah berdepan peningkatan jangkitan cacar monyet: WHO
July 2, 2022· Dunia
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Khairy tarik balik rayuan saman fitnah Anwar
June 21, 2022· Politik
Popular
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
July 5, 2022
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Baling bah: Tiada aktiviti pembalakan di Gunung Inas
July 5, 2022
Saksi kata Syed Saddiq arah agih wang ketika SPRM sedang siasat
July 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Baling bah: Muhyiddin arah Bersatu hantar bantuan segera
7 minit lalu · Isu semasa
Zahid sahkan kepada mahkamah perbelanjaan ketika di luar negara
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit susut berbanding dolar AS
1 jam lalu · Isu semasa
PM arah bantuan bencana segera dihantar ke Baling
4 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Banjir di Baling, penduduk dakwa jadi mangsa Projek Musang King
9 jam lalu
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok